Click here for Myspace Layouts

MAKNA DAN KATEGORI ZODIAK

Views
Hiiii~~ ***

Arini DOKTOR CINTA nak ajar korang subjek yang paling BEst masa sekolah  iaitu Sejarah..hehe.. Best taw sejarah (dalam kelas tido**huhu).. Siap ada cerita Misteri taw disebalik Zodiak tu..Jangan Biarkan diri anda diselubungi MISTERI (*-*) Lagi satu, Kalau tak tahu Zodiak tu ape, macam mane nak baca Artikel DOKTOR CINTA ~ Kenali LElaki dan Perempuan Melalui Zodiak??.. Ha! apelagi, JOm bace cepat :)


Dari sudut astronomi, zodiak dikatakan terdiri daripada gugusan Buruj atau rasi **BINTANG ** yang terletak disepanjang lingkaran (garisan) matahari. Bulan dan juga planet-planet di alam galaksi Bima Raksi terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. 

Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tanda.

Istilah zodiak diambil dari perkataan Latin zōdiacus, yang digubah daripada perkataan Greekζωδιακός κύκλος (zōdiakos kuklos), yang membawa maksud lingkaran kecil haiwan. Istilah ini diambil berikutan fakta yang mengatakan separuh daripada tanda-tanda zodiak Greek purba terdiri daripada makhluk hidup. Pada hari ini, istilah dan juga nama-nama kesemua dua belas tanda-tanda lebih banyak dikaitkan dengan astrologi horoskopik walaupun zodiak masih lagi digunakan sebagai asas rujukan astronomi.
Konsep zodiak berasal dari Babylon dimana pada tahun 2000 Sebelum Masihi digunakan sebagai kaedah untuk memvisualisasikan berlalunya waktu. Seperti kalendar, ianya dibahagikan kepada dua belas bahagian, iaitu dua belas bulan dalam satu tahun. Tanda-tanda zodiak yang digunakan sekarang adalah daripada hasil kajian ahli astronomi Mesir, Ptolemy pada abad kedua Masihi, ketika zodiak sudah digunakan sekurang-kurangnya selama dua ribu tahun.

TANDA-TANDA ZODIAK DAN MAKNA

Pada abad kelima sebelum masihi, zodiak (astrologi) telah dibahagikan kepada dua belas bahagian yang sama (satu untuk setiap bulan daripada tahun). Berikut merupakan senarai zodiak astrologi berserta unicode dan terjemahan dengan zodiak Serpentarius diabaikan:
  • Aries (): Kambing biri-biri – kawasan ekuinoks musim bunga pada 21 Mac, yang merupakan tempoh tahun baru bagi kalendar purba.
  • Taurus (): Lembu jantan.
  • Gemini (): Si kembar.
  • Cancer (): Ketam – bermulanya musim panas, 21 Jun.
  • Leo (): Singa.
  • Virgo (): Gadis yang masih dara.
  • Libra (): Dacing – musim gugur 21 September.
  • Scorpio (): Kala jengking.
  • Sagittarius (): Centaur si pemanah.
  • Capricorn (): Kambing laut – musim sejuk 21 Disember.
  • Aquarius (): Pembawa air.
  • Pisces (): Ikan. 

 

BULAN DAN HARI KELAHIRAN

ARIES                   ** 20 Mac – 20 April 
TAURUS              ** 20 April – 21 Mei 
GEMINI                ** 21 Mei – 21 Jun 
CANCER              ** 21 Jun – 22 Julai
LEO                       ** 22 July – 23 Ogos
VIRGO                   ** 23 Ogos – 23 September
LIBRA                   ** 23 September – 23 Oktober
SCORPIO              ** 23 Oktober – 22 November 
SAGITTARIUS    ** 22 November – 22 Disember 
CAPRICORN        ** 22 Disember – 20 Januari 
AQUARIUS         ** 20 Januari – 18 Februari 
PISCES                  **18 Februari – 20 Mac


Comments
2 Comments

2 KOMEN TERHEBAT:

  1. Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain,
    tenang,,sekarang ada yang akan menghibur kalian sekaligus
    mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan
    mengecewakan kalian deh...

    yuk ikutan gabung bersama Pesonasaya.com
    Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,3 - 0.5% / Hari
    Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup

    * Minimal deposit hanya Rp 20.000
    * Minimal tarik dana Rp 20.000
    * Dilayani oleh CS profesional dan ramah
    * 24 jam online
    * Proses Depo & WD super cepat
    * No ROBOT MURNI PLAYER VS PLAYER
    * kamu berkesempatan menangkan Jackpot setiap harinya.

    Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24 Online Setiap hari melalui :
    * PIN BBM : 7A996166
    * WA : +85511817618

    Salam Sukses Pesonaqq.com

    ReplyDelete
  2. Informasi tentang makna dan kategori zodiak dari blog ini sangat baik. Terima kasih banyak dan kamu juga bisa membaca https://ramal.id/nama-zodiak/ disini

    ReplyDelete

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012