Senyuman boleh membuatkan orang sekeliling gembira dan senang hati. Senyum juga merupakan penawar pada yang berduka. Tetapi Awas! senyum juga punyai maksud tersendiri.
Jenis-jenis senyum:
- Senyum sinis/ egois- boleh buatkan orang sakit hati.
- Senyum menggoda- untuk menggoda seseorang.
- Senyum ketabahan- dari seseorang yang punyai masalah dan tabah menghadapi dugaan.
- Senyum tegar- Ingatkan blogger sahaja tegar. Sentiasa menghiasi bibir dan punya kekuatan dalam hidup walaupun hadapi masalah berat, tetap tersenyum.
- Senyum ketulusan- Datang dari hati untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang.
Menurut kajian saintis, senyum dan ketawa adalah salah satu senaman berbentuk joging dalaman di mana ianya dapat merangsang seluruh tubuh dan memberi manafaat kepada sistem saraf. Selain itu, kajian juga menunjukkan, seseorangg yang tersenyum dan ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam akan mendapat manafaat kardiovaskular seperti bersenam selama 10 minit. Ini adalah kerana semasa ketawa dan tersenyum, kadar tekanan darah dan dengupan jantung akan meningkat.
Jadi, mengapa kita perlu senyum?:
1.Dapat hilangkan stress.
Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.
2. Meningkatkan sistem imun.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum saja.
3. Menurunkan tekanan darah.
Tekanan darah lebih rendah apabila kita senyum. Tekanan darah kita berbeza sewaktu kita senyum dan tidak senyum. Macam mana pula kalau seseorang itu ada penyakit darah rendah (anemia)?
4. Awet muda.
Ini memang tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.
5. Wajah berseri
Senyuman adalah perhiasan batin yang dapat mengindah dan menyerlahkan perhiasan zahir yang sempurna.
6. Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.
7. Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan.
8. Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.
9. Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.
10. Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.
11. Menarik.
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.
12. Sedekah
Senyuman itu satu sedekah. Senyumlah selalu kerana ia tidak akan pernah merugikan kamu!!! Ia bukan sahaja menceriakandiri kita, bahkan orang yang berada di sekeliling kita.
13. Tidak Sombong
Percaya atau tidak, kalau kita tersenyum membuatkan orang rasa kita tidak sombong dan mesra alam. Orang pun suka nak berkawan dengan kita. Cuba kalau kita sentiasa masam muka, mesti ada pra-sangka negatif orang terhadap diri kita kan? Nak tegur pun rasa takut
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Kalau saya senyum
Kamu mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Kalau kita senyum
Dunia tiada penyakit…
Itu lah antara bait-bait lirik nanyian Najwa dan Malique yang sangat memberi erti kalau dihayati…Jadi apalah salahnya kalau kita menguntum senyum kepada insan-insan disekeliling kita…senang hati kalau melihat orang lain juga sama-sama tersenyum
Kredit Kat : Blog Tasikputeri.com
0 KOMEN TERHEBAT:
Post a Comment