MINTA PUTUS DENGAN ALASAN TAK MUNASABAH


aSSALAMmualaikum..

Ruangan MAsalah Cinta pada kali ini, DOKTOR CINTA ingin kongsikan masalah dan luahan cinta daripada seorang pembaca di Blog Pakarhowto.com. Tiada cadangan mengenai penyelesaian masalah ini yang diberikan oleh penulis blog tersebut.

Kalau korang ada apa-apa komen atau pendapat, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah ini yer. Bersama-sama kita berkongsi pengalaman untuk panduan di kemudian hari. Terima kasih :)

**************************************

Hye. Saya ada masalah. Saya tak tahu nak buat apa lagi dah. OK. Saya akan cerita dari mula2 lagi.
Dulu saya single. Saya senang dan suka bila single. Kemudian A dtg. Saya anggap dia macam kawan. Tapi makin lama saya terpaut dengan dia. Bukan sebab dia kaya atau mempunyai paras rupa. Sebab dia selalu ambil berat pasal saya.

Dia pernah berjanji takkan meninggalkan saya seperti ex2 saya yang dulu. Lalu saya bukakan hati saya untuk dia. Mula2 kami bahagia. Tapi biasalah kalau gaduh2 manja tu. Semua pasangan akan melaluinya kan?

Kemudian awal bulan 3, A dah mula berubah. Dia jarang mesej & telefon saya. Bila saya tanya, dia cakap sibuk bekerja. Saya terima alasan itu.
Kemudian baru2 ni dia cakap kat saya dia nak berpisah. Sebab dia tak boleh bahagikan masa antara kerja, kekasih, kawan2 dan keluarga.

Saya tanya dia kenapa sampai perlu berpisah. Dia cakap dia tak boleh bagi komitmen terhadap diri saya. Dia tak nak saya menunggu dia.

Saya cakap saya sanggup tunggu dia. Saya suruh dia cakap depan saya yang dia tak sayangkan saya. Dia menangis. Dia cakap dia masih sayangkan saya. Tapi dia minta saya bagi dia masa untuk memikirkan hubungan ini.

Masalahnya sampai sekarang dia senyap saja. Perlukah saya menunggu atau menerima hakikat bahawa dia bukan milik saya lagi?

Kalau anda jadi saya, apa yang anda akan buat???

- Nurul -

No comments:

Post a Comment