PUISI JIKA DIBERIKAN AKU SATU PELUANG


 
Kalau aku diberi peluang sekali lagi melafazkan cinta padanya,
Akan aku ucapkan perkataan itu dihadapannya tanpa berselindung,
Biar kamu faham isi hatiku, perasaanku, dan impianku,
Kamulah yang bertakhta dihati ini,
Tetapi kebodohanku masa lalu membuatkan aku melafaz cinta menggunakan pesanan ringkas sms..


Kalau aku diberi peluang sekali lagi bertanya kepadanya,
Akan aku tanya kepadanya:
"Sayang, awak selesa tak bersama saya?"
Tetapi kebodohanku membuatkan aku menganggap kamu selasa bersamaku sedangkan hakikatnya tidak sama sekali...


Kalau aku diberi peluang sekali membuatkan kamu dihargai,
Akan aku hargai kamu sebaik mungkin,
Akan aku kenalkan kamu kepada orang tuaku dan kawan-kawanku..
Tetapi kebodohanku membuatku tidak menghiraukan perasaan si kamu..


Kalau aku diberi peluang sekali lagi bersama kamu,
Akan aku utamakan kamu berbanding kawan-kawanku,
Akan aku endahkan segala ejekan dan kutukan kawan-kawanku,
Kerana aku tahu kamu akan lebih menyayangi aku..
Tetapi kebodohanku membiarkan aku memilih kawan-kawanku berbanding kamu,


Kalau aku diberi peluang sekali lagi keluar bersamamu,
Akan aku hadir tepat pada masanya,
Dan aku sanggup hadir lebih awal,
Untuk membuatkan kamu selesa.
Tetapi kebodohanku membuatkan kamu tertunggu-tunggu kehadiranku.


Kalau aku diberi peluang sekali lagi bertanya kepadanya,
Akan aku tanyakan kepada kamu:
"Sayang, kenapa kita kena berpisah? Awak ada masalah ke? Ceritalah kat saya.."
Tetapi kebodohan ku masa lalu hanya menerima saja kamu pergi meninggalkan aku tanpa alasan..


Kalau aku diberi peluang sekali lagi membuktikan aku layak untukmu,
Akan aku jadikan kamu yang sah bagiku, isteriku, permaisuriku,
Akan aku hiaskan kamarmu dengan mawar merah untuk kamu beradu,
Kemudian mawar putih menemanimu di pagi hari,
Akan aku masakkan kamu makanan kegemaran kamu,
Akan aku jadi 'guardian angel' kamu, yang akan sentiasa melindungi kamu,
 
Akan aku terima kamu hargai dan bahagiakan kamu seadanya disisi aku,
Akan aku lapkan setiap air mata yang mengalir dari matamu,
Akan aku menjaga kamu hingga akhir nyawaku dunia dan menanti kamu disyurga...

Bukan aku tidak bersyukur dan terima segala ketentuannya, tetapi aku kesal dengan kebodohanku masa lalu.. Yang sentiasa membayangi masa depanku...
 
Kredit Kat : akalemosi.com

No comments:

Post a Comment