Tip untuk lebih yakin berhadapan dengan awek
Adakah anda lelaki yang agak gementar jika mereka di kelilingi awek dan seperti hilang arah untuk bersembang dengan mereka? Jika ya, maklumat ini akan membantu anda untuk membina keyakinan yang lebih baik. Sebenarnya anda bukannya gementar tetapi anda tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan awek. Anda kaku di hadapan mereka kerana anda tidak pernah lakukannya pada sebelum ini.
Jadi, penyelesaian untuk masalah gementar ini adalah belajar bagaimana hendak bercakap dengan awek apabila berhadapan.
Pertama, anda perlu ada keyakinan pada diri sendiri. Anda perlu ada keyakinan untuk bercakap dengan awek apabila berhadapan. Anda boleh pupuk keyakinan ini dengan mula menegur wanita yang anda berjumpa. Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Lama kelamaan, anda akan tahu bagaimana hendak memulakan perbualan dengan cara terbaik.
Kedua, Anda perlu pandang mereka adalah manusia iaitu sama sahaja seperti anda. Anda ubah persepsi bahawa awek adalah makhluk yang sombong dan pasti mengecewakan anda ketika anda ingin menegur mereka.
Ketiga, Untuk lebih yakin, anda jagalah penampilan diri anda seperti menyikat rambut, memakai baju yang kemas dan sentiasa berbau harum. Apabila anda yakin dengan penampilan diri, anda akan lebih yakin untuk berhadapan dengan awek tu.
Akhir sekali, keempat jangan rasa rendah diri kerana perasaan rendah diri tidak akan membahagiakan anda. Sebaliknya sikap berani dan ingin mencuba pasti memberi anda bahagia.
Kat bawah ni, DOKTOR CINTA kongsikan tips bagaimana nak tahu awek tu dah mula suka kat seseorang lelaki. JOm baca!! :)
Dia berkomunikasi mata dengan anda
Dia suka pada anda jika dia mula bermain mata dengan anda. Kadang – kadang kita anda melihat tempat lain, dia akan merenung anda. Apabila anda melihat dia, dia akan melihat ke tempat lain. Di samping itu, dia juga akan senyum apabila melihat anda dan dia memandang anda seolah – olah dia sangat kagum pada anda.
Dia malu – malu ketika berbual
Ketika anda berbual dengannya, dia seperti malu – malu dengan anda. Dia malu kerana dia suka pada anda. Di samping itu, dia juga cuba yakinkan anda bahawa dia menarik ketika berbual dengan anda.
Dia akan ajak anda keluar
Ketika anda ingin kemana – mana, dia tanpa segan silu ingin mengikut anda. Dia juga berani untuk ajak anda keluar bersama – sama seperti menonton wayang , membeli belah dan sebagainya.
Dia pikat anda dari bahasa badan
Dia mungkin akan lentikkan pinggulnya ketika berhadapan anda atau apa – apa pergerakan yang mengoda. Sebenarnya dia tiada niat untuk melakukan perbuatan menggoda itu tetapi ia terjadi dengan sendiri kerana suka pada anda.
Dia selesa apabila bersama dengan anda
Dia sukakan anda apabila dia selesa bersama dengan anda. Tanpa segan silu, dia menceritakan hal peribadinya pada anda. Ini terjadi kerana dia sukakan anda dan percaya anda akan menyimpan rahsianya.
Walaupun si dia menunjukkan reaksi suka pada anda, anda juga harus bertindak. takkan perigi mencari timba? Oleh itu ada beberapa tips di sini untuk anda bertindak.
P/s : Kepada yang tak tahu maksud awek tu apa,
AWEK = Perempuan/Wanita/Girlfriend..huhu~~
GOOD LUCK!!!
No comments:
Post a Comment