Soalan kontroversi cinta untuk anda hari ini adalah,“Siapakah yang lebih curang,lelaki atau wanita?”
Saya tidak mahu berpihak kepada mana-mana samada bagi pihak lelaki atau wanita dan apa yang akan saya katakan ini berdasarkan situasi sebenar cinta masa kini.
Kalau dilihat definisi curang ini adalah sesuatu unsur yang negatif dalam sesebuah percintaan.Yang dipercayai antara faktor utama yang membawa kepada perpisahan dan termasuklah perceraian!
Mari kita lihat sifat lelaki dan wanita itu sendiri!
wanita tidak dinafikan mempunyai kemampuan untuk setia kepada pasanganya.Sebab itulah sifat semulajadi wanita,bagi lelaki pula selalunya dikaitkan dengan kecurangan.Tanggapan ini adalah tidak benar sebabnya sudah menjadi sifat lelaki untuk suka mempunyai ramai kawan.Ini kerana apabila lelaki mempunyai ramai kawan mereka akan merasa bangga(jenis positif).
Di atas tadi merupakan sifat sebenar lelaki dan wanita dalam bentuk yang positif.Namun di dalam dunia bukan semua orang baik ada juga yang tidak baik dan sampai tahap jahat pun ada!
Oleh itu,sekiranya anda mencari teman lelaki atau wanita anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini.Sebabnya mereka ini mempunyai kecenderungan untuk mempermain-mainkan perasaan,hati dan jiwa anda.
Mengapa mereka tergamak melakukan sedemikian?Ya,ini dapat dilihat secara psychology cinta di mana konsep “Love Revenge” diaplikasikan oleh mereka.Mereka yang menghidap “penyakit” psychology cinta ini gemar menyakitkan hati pasangan mereka dengan curang untuk mendapat perhatian sebab mereka pernah dilukakan dahulu.
Oleh itu,jangan hairan sekiranya anda ditinggalkan begitu saja sebab sudah menjadi rutin harian mereka untuk “curang”.Bak kata orang,“Kalau tidak curang tidak sah atau hati tidak senang”.
Kredit Kat : kuasamotivasi
No comments:
Post a Comment