21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita
1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda
atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin
tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu
dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda.
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik
untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah
sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang
lelaki.
5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak
mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada
anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam
kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek
kehidupan.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Walau
bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita
yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa
tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan
sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut
berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana
yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan
menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya
upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai
diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan
dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan
seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia
dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda
berikan.
11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan
menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya,
walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun
kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia
kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda
kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman
yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya
apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik
dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda
memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda
sebagai wanita.
14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Wanita patut
menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan
tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri
lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah
besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak
mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang
diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin
anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal
remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih
baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan
minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan
ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan
wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa
sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan
sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda
berfikir mengenai anda.
18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan
menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan
penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda
dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa
gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan Pergaduhan
Ada
wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau
menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan
kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang
memulakannya.
20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk
diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba
mencari jalan keluar.
21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak
masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang
sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat
adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan
betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda