Click here for Myspace Layouts

BENTUK GINCU DAN PERSONALITI

Views
Tirus tajam: Kalau korang suke sangat pilih bentuk gincu macam ni, ia menunjukkan anda seorang gadis yg berani, lincah dan agresif. Anda lebih dikenali sebagai gadis yg bebas, tidak suka dikongkong dan sentiasa hendak keluar dari kepompong. anda juga berani menyahut cabaran dan mencuba sesuatu yang baru. Kadang2 anda agak keterlaluan…maka berhati-hatilah dalam setiap tindak tanduk anda. Jangan sampai orang di sekeliling anda merasa meluat dengan anda..tidak salah untuk berani tetapi biar berpada-pada dan kena pada tempatnya.

Rata: bentuk yg rata dan mendatar pada hujung gincu menunjukkan anda seorang gadis yg tenang dan tidak suka pada keadaan yang kelam kabut. Anda juga seorang yg low profile (means rendah diri). Bagaimanapun, anda juga haruslah berusaha untuk mengubah sikap dan penampilan anda. Bimbang jika terdapat diantara rakan anda yang mengatakan anda seorang yg lambat, terhegeh-hegeh dan beku!

Bujur: jika bentuk hujung gincu anda bujur, kononnya anda seorang gadis yg ideal dan menjadi idaman ramai lelaki.ada juga sesetengah pendapat mengatakan bentuk hujung gincu yg bujur ini seksi. Semua orang mudah bersahabat dengan anda kerana sikap anda yg sentiasa ceria dan happy go lucky. Biarpun anda sentiasa sibuk dengan kerja anda, namun anda masih lagi ceria. Ini akan menaikkan semangat anda dan orang disekeliling anda. Maka, terus kekalkan sikap positif anda ini.

Tajam dan condong: anda seorang yg cerewet dan terlalu berhati-hati. Anda sering melakukan hal anda sendiri dan tidak menghiraukan keadaan di sekeliling anda. Anda tidak suka bergosip apatah lagi mengumpat teman-teman anda. bagus!!!Kekalkan sikap baik anda ini kerana ianya akan menjaga hubungan anda dengan teman-teman anda tetapi lebih baik jika anda mengubah sikap anda y pendiam dan menyendiri itu. Bimbang anda akan dituduh anti sosiaal dan kera sumbang.

Melengkung ke dalam: hmm…hati-hati dengan sikap anda. Hujung gincu melengkung kedalam ini melambangkan anda seorang yg rakus, gelojoh dan tidak sabar!! bayangkan bentuk gincu anda melengkung ke dalam kerana anda selalu tergopoh gapah ketika menyapunya ke bibir…anda menonyoh gincu itu sekuat hati sehingga bentuknya berubah melengkung kedalam. Anda juga mungkin seorang yang banyak mulut(mulut murai), suka bergosip dan merasa tidak senang jika ada insan yg melebihi anda..anda sentiasa mahu menjadi yg teratas dan sanggup berbuat apa sahaja untuk Berjaya walaupun terpaksa menggunakan cara singkat dan kotor..bagus sikap anda y gigih berusaha itu tetapi mestilah mengunakan jalan yg betul dan diredhai…ubahlah sikap anda…oke
Artikel Ni Credit kat :- Wan Aqilah

0 KOMEN TERHEBAT:

Post a Comment

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012