Click here for Myspace Layouts

5 TIPS BERHADAPAN DENGAN LELAKI PEMALU

Views

 
Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman.Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 5 tips bagaimana untuk berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda berdepan lelaki pemalu?

1. Anda kena berani memulakan.

Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.
 
2. Gunakan cara non-verbal.

Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila Anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.

3. Malu biasanya cuma sementara.

Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan Anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa dengan Anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan Anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.


4. Cakap pasal topik umum.

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!

5. Santaikan wajah, santaikan suara.

Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana Anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata Anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh dengar suara Anda.

Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman.



Tips ini Kredit Kat : Blog imotivasi

Comments
39 Comments

39 KOMEN TERHEBAT:

  1. nk cuba la tpi still tak ada kyakinan..YA ALLAH kenapalh kau beri aku jtuh cinta pd lelaki pemalu mcm dia? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni ada org suka selalu curi pandang bila tgk dia dia pusing tmpat lain

      Delete
  2. Sy tgk dia,dia tgk saya.dlm hati sampai kiamat la x brckp.aku perlu yakin dan berani mulakan dgn llki pemalu ni.dr.mata turun ke hati..alahai sweetnye.nak ngorat pun payah tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros, setuju.
      Aku x tahulah kalau aku nak mulakan perbicaraan supaya dia tak gugup. Aku ne sebenarnya jenis pemalu. Dia sibuk beceta dgn kawan dia. Aku macam tak nak ganggu.Then dia tinggalkan aku, macam tu sahaja.

      Delete
  3. Sya suka lelaki pemalu tu..tpi sya x thu klau dia suka sya kah tak..perlu kah luah kan perasaan dlu..huhuu

    ReplyDelete
  4. Lelaki pemalu ni bagus,akhlak baik,setia.

    ReplyDelete
  5. Saya dah luahkan kpdnya tpi dia seen mesej saya..maybe sebb baru kenal kot..tahlah saya kenal pon tahun lepas saya mengaku yg dia tu crush saya masa bulan 11 thun lepas,..thun nie banyak sweet moment gak lah sbb kami selalu main eye contact😂bahagianya bile org yg kita suke tu dia suka kita balik🤐

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. aku sorg pemalu dulu. skang ni da keje mgkin da kurg kot. then akan aku akan jumpe die first time bln depan. Ah akward nye bile first time dgn perempuan. ape aku nk react

    ReplyDelete
  7. Lelaki pemalu ni mudah didekati bila dah die dah serasi dengan kite..yg penting jangan lah kita plak jadi pemalu..cube ceriakan suasana supaya die dapat kurangkan gugup n sifat pemalu tu..bile dah serasi die plak yg akan banyak cakap n berani luahkan perasaan pada kite.lelaki pemalu ni unexpected juga. Ok..good luck gais

    ReplyDelete
  8. Boleh tk bgithu kt sini sape yg pernah luahkan perasaan kt lelaki pemalu. Sbb aq nk thu mcm mana impactnya. Aq suka kt sorang laki ni dia mmg pemalu dn baik. Tpi aq ni pun malu jugak. Aq tak tau nk ckp apa dgn dia. Kalau boleh nk Sgt borak dgn dia tpi tk boleh tk terkeluar suara tu. Nk sngt bgithu kt dia yg sy suka awak tpi tkut jdi awkward nnti. Please tell me siapa ada yg pernah luahkan perasaan dia. Dn macam mana nk luahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ada crush kat sorg laki pemalu ni, aku try bg hint kat dia sbb dia single lagi haha so aku berani laa, tp dia mcm lambat ckit respon mybe dia tkejut kot. Lpas dari tu dia ckp nak kenal ngan aku.. smpai skrg aku ok ngn dia sbb lelaki pmalu ni mmg suka kalau kita yg approach dia dulu.. Skrg ni dia nk srius ngan aku sbb lelaki pmalu ni mmg tak laa nk main2 ngn girl kalau dia dah sukaa hehehe like dream come truee.. hm nasib bek aku tebalkan muka tgur dia awal2 tu hahaha.. ��

      Delete
    2. Maaf nk tanya.. Skg dh kawen ye sis lepas dia bgtaw nk serius?? Geram plk sy nk mintak nombor contact sis sbb nk tahu mcm mne lelaki teramat malu ni😅

      Nakk mintak pendapat jgk laa.. Atau dari pihak lelaki blh jgk reply apa yg membelenggu fikiran sy skrg ni..

      Sy kenal sorang lelaki pemalu ni dari platform cari jodoh, anak sulung dan rumah kami satu daerah je..langsung xpernah jumpa lagi..dia yg tegur sy dulu dlm platform tu bgtaw berminat nk kenal sy, explain apa yg membuatkan dia berminat nk kenal. Sy sudi sbb memang nampak kesungguhan dia dan sy pun jenis xde masa nak main² atau kenal gitu² je..umur pn 30an da..memang serius nk cari suami, si dia pn sama tapi cerita yg brbeza la,dia jadi takot trauma nk kenal pmpuan selepas hampir kawen pstu putus..

      Dipendekkan cerita, sepanjang 2bulan lebih kenal dia, sy ada hati dan sukakan dia..xmengaku tapi cara sy reply setiap chat memang ada bg hint.. Pernah satu hari dia ckp sabar aje dulu, one fine day..sampai skrg sy masih ingat.. Dlm sbulan lebih kenal dia pernah xbaca n xreply chat sy selama beberapa minggu. Time raya aidiladha sy wssap dan bertanyakan khabar pstu tanya la jgk kenapa diam,rupanya dia sibok dengan kerja,dia jadi leader pstu nk kena handle anak team lagi..kawan² laki dia smpai mark dia sombong sbb xreply chat..jadi bukan sy sorang yg chat dia terlepas pandang. Jadi,,2hari lepas bsday dia..sy niat ikhlas nk bg kek dan kad ucapan,memandangkan dia sgt pemalu sy buat keputusan utk approach dia dulu. Ktorg jumpa sekejap sgt,, tak sampai 5minit..maybe 3minit pun tak sampai😅 sbelom ni memang dia mengaku dia malu segan dgn pmpuan bila baru kenal..kalau dh lama dan kenal rapat xde masalah katanya..Tapi awal² perkenalan kami tu kalau call dia ok je..blh sembang mcm kawan,siap share pasal kehidupan peribadi,silap sy xconfess waktu dia rancak sembang😅😅 lepas je jumpa dan bg hadiah ktorg balik..sy wish bsday semua tu malam tu ktorg chat sambil gelak apa yg membuatkan ktorg malu sgt bila berhadapan,tapi sy perasan waktu sy tgah bercakap kami eye contact,terpaku kejap sbb dia yg stat tgok dulu,tibehh rasa suka ahaha..sembang topik umum skg ni pasal covid dan vaksin, dia pn ada gtaw kwn dia blh percepatkan vaksin kalau nk, dan kalau jadi dia akan bgtaw sy plk.. Jd terharu plk bila dia nk maklumkan sy, nmpak mcm ambik berat. So skrg ni dia senyap kenapa ye?? Atau dia xtahu atau xfaham atau pura² xnak tahu yg saya hadiahkan kek sebagai tanda sy hargai dia.. Tanda salam perkenalan.. Confius sy fikir,, atau dia masih perlukan masa ye?? Bila dia senyap mcm ni sy terdetik hati nk search cara tackle hati lelaki pemalu. Sape sape blh tlg tak🥺 maaf panjang naw, im dilema huhu

      Delete
    3. pnjangnya cite sis, ye betul best jugak ni klau dpat contact, bole share story, bg no fon sis, hm psal llaki pndiam ni xsmua sama ada yg respon n ada jugak yg lama2 dia makin diam haha.

      Delete
  9. Aku pun ada kwn yg pemalu+pendiam, aku slalu he tgok cara dia lyn prmpuan. Ada sorang prmpuan ni je aku tgok yg dia lyn msra. Tpi dgn yg lain Ma Sha Allah, kaku gila. Jdi aku perati je dia n aku ckp kau suka dia eh. Then dia senyum, tpi yelah aku tk lh sebok nk tau. Cukup aku tgok dia mcm tu dh buat aku happy. Llaki jnis mcm ni, korg just jdi diri sndiri je. Dia akn cpt jatuh hti dgn korg. Tpi jgn gedik...klw mcm tu dia tk suka. Lelaki jnis ni pun sweet senanya, cubalh usha In Sha Allah sangkut girl. Lgi2 dia suka prmpuan yg ada sift keibuan, tk tau lh jugk. Sbb mak dia dh mninggl jdi dia suka dkt prmpuan tu sbb prmpuan tu caring. N always ambil brt psl dia.

    ReplyDelete
  10. saya pon tersuka lelaki cam nie..dh try bertegur sapa. tp sy pon pemalu jgk..nak tegur ambik masa y lama.xmulakan takut terlepas..dh mulakan cam xberapa bg respon.

    ReplyDelete
  11. Saya dulu ad crush ngn sorang laki ni dr form 4 lg...tp dy ni mmg pendiam,jenis ckp sepatah tanya sepatah jawab,sy pun try confess kt dy dan dy terima...tp tu pun amik masa 4 tahun baru boleh confess...payah juga kalau perempuan pemalu ngn laki pemalu ni jugak...saya pun jenis yg pendiam juga ...hurmm

    ReplyDelete
  12. Sama la ciri2 mcm sy.sy kalau jumpa wanita cute sngt lawa lgi segan nk tgk depan dgn dia.sy jadi gelisah cemas x selesa.ramai ckp sy sombong kebnyakn wanita ckp cm tu kt sy.knl duluw sy cmna nti lma2 sy rasa selesa la

    ReplyDelete
  13. Lelaki pemalu ni susah lh nk thu dia suka kita ke tk.knplh sya terjebak degn lelaki pemalu ni erk? Tpi sejak kebelakangan ni dia selalu tegur sya mcm klu kita org tengok cite serm dia mesti ckp takotke? Or klu tengok cite sedih dia ckp nk nangis? Jgn lh nangis and ada stu hari tu kita org tengok cite zombie dia blh pulak pegang bahu sya mcm nk bagi tekejut lh konon nya hahah pastu baju tu terus tk cuci nak buat kenangan kononnya syg pulk nk cuci hahahah. Tpi sya stil confuse sbb adik dia ckp dia suka adik saya that way dia lyn sya kot ambil hati kakak tpi peliknya dia tk pernah pulak tegur or pandang adik saya pelik kan? Pastu kadang bila dia tengok saya mesti lps dia tengok terus gelak kecil pastu senyum aihs sakit jiwa saya dibuatnye.kadang dia berusaha mengelak dari sya mcm dia tk suka sya dtg tpi kn dia prnh tanya saya ade ig tk tpi tk minta pastu sya ckp ade mungkin sbb dia malu kot nk mintak ade adik dia kt situ. So korang rasa kan dia suka sya ke tak? Atau dia just nak ambil maklumat dari saya pasal adik saya? Korg rasa?

    ReplyDelete
  14. Macam mana nak tegur dah kalau kita pun pemalu 2x5 je xD depan dia auto kelu tak dpt nak pandang muka pun. Parah.

    ReplyDelete

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012