Click here for Myspace Layouts

CINTA JARAK JAUH

Views
DOKTOR CINTA sendiri mengaku cinta jarak jauh mencabar. Kadangkala  cinta jarak jauh juga amat membosankan kerana hari-hari bersms/call membuatkan rasa jemu kerana asyik perkara yang sama diborakkan. Malahan,ia juga amat mencabar  kerana ianya menguji kesetiaan dan ketelusan pasangan. Contahnya, mampukah sesebuah pasangan itu menunaikan lagi janji-janji manis bercinta setelah berjauhan? Semuanya terpulang kepada kekuatan setiap pasangan itu sendiri.

Namun adakalanya ketika hati sudah teguh, keadaan pula tak mengizinkan. Ada saja dugaan dan cabaran bagi cinta jarak jauh . Tetapi dugaan dan cabaran inilah yang menjadikan pasangan tersebut lebih matang dan berani menghadapi cabaran yang mendatang.  Sebagai contoh, rindu. Setiap pasangan memang tak boleh lari daripada rasa rindu, lebih-lebih lagi yang berjauhan. Jadi, dengan tips yang diberi ini sedikit sebanyak mampu membantu hubungan pasangan yang sedang berjauhan.
 

TIPS UNTUK LELAKI

1) Anda perlu memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju hubungan anda. Sebab biasanya jarang bagi seseorang perempuan yang tentukan sebab anda sebagai lelaki telah dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin.  Kalau selalu dah rasa muak asyik sms je, ajaklah dia bertukar ke calling-calling.

2) Sentiasa jadi guardian angle dia. Kalau ada orang yang kacau dia, kenalah tunjuk kejantan anda. Tapi kalau lelaki itu juga sukakan awek anda, minta awek anda buat keputusan. Anda atau lelaki tersebut. Dia tak boleh dapat dua lelaki atas satu katil.

3) Kalau si dia kata dia amat merindui anda, kemudian menangis, tenangkanlah dia. Adakalanya memang agak penat melayan kerenah dia, tapi sekurang-kurangnya, dia dapat mengubat hati dia. Jadi kalau rasa menyampah sekalipun, senyap je, dan tenangkan dia.

4) Jika rindu, kata rindu, jika sayang kata sayang. Luahkan segala apa yang anda rasa, atau anda mungkin tidak mempunyai peluang untuk meluahkannya lagi. 

5) Segala perkara mesti dibincang dengan baik. Apabila si dia bercakap, anda mendengar, dan sebaliknya. Jangan mudah melenting, belajar bersabar dan segeram mana atau semarah mana anda, cuba belajar sabar..Ikut hati, binasa nanti!


TIPS UNTUK PEREMPUAN

1) Belajar untuk memahami jadual harian dia. Anda tak boleh terlalu mengongkong dia dengan terlalu mengharap dia untuk hubungi anda setiap hari. Lelaki benci perempuan terlalu mengongkong.

2) Kalau anda rasa perlu menangis untuk menangis untuk melegakan rasa hati anda, menangislah. Sekurang-kurangnya anda akan berasa lega.

3) Sebelum anda melakukan sesuatu, fikirkan dulu sama ada anda akan melukakan, menyusahkan, mengecewakan dan merunsingkan hati si dia. Jangan jadi kejam dengan membuatkan dia terpaksa datang ke tempat anda hanya semata-mata untuk menyelesaikan masalah yang telah anda sendiri timbulkan.

4) Jangan, jangan dan jangan ambil kesempatan terhadapa si dia. Apabila dia sudah benar-benar merendahkan egonya dan menjadi dirinya yang sendiri semata-mata hanya untuk menunjukkan rasa rindu dan cintanya, jangan pula anda memijaknya. Belajar menghormati dan menerima pendapat si dia, bukan mengawal!
                                                                TIPS BERSAMA                                                        

1) Sama-sama bersetuju dengan keputusan untuk berjauhan Apabila salah seorang daripada anda terpaksa berjauhan, pastinya situasi ini meresahkan. Keputusan untuk berjauhan perlu diambil kira perasaan pasangan anda. Kata sepakat adalah sangat penting untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh. Pastikan kedua-dua belah pihak sama-sama bersetuju untuk berdepan keputusan ini. Usah bimbang, cinta yang matang biasanya dapat menghindari perpisahan.

2) Sentiasa berfikiran positif kunci kepada kebahagiaan.  Jangan mudah percaya sesuatu dari mulut kawan anda selagi anda belum lihat dengan mata dan dengar dengan telinga. Kalau otak tu dah mula fikir yang bukan-bukan, amik wuduk dan baca al-quran atau tidur.

3) Tanam sifat percaya pada pasangan masing-masing. Bukan mudah untuk kita berjauhan dengan orang tersayang. Pabila teringat, pasti timbul bibit curiga mula mengulit perasaan. Setiakah dia di sana? Sebenarnya, kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini. Bina sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ia penting untuk mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain.

4) Jangan mudah tergoda. Setiap kali anda rasa tergoda dengan orang lain, cuba elak daripada terus mesra.  Katakan awal-awal pada si dia, anda telah berpunya. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa anda masih cintakan dia. INGAT, manusia tak akan pernah puas dengan apa yang manusia ada. Jadi tanamkan rasa syukur itu dalam diri. Elakkan keluar berdua dengan jantina berbeza, lebihkan keluar dengan kawan-kawan.


5) Pasang matlamat dalam erti kata lain angan-angan. Target tahun anda akan bersama untuk bergelar suami isteri. Contohnya anda target tahun 2016 berkahwin. Jadi anda tak akan rasa cinta anda itu cinta kosong, cinta sekadar untuk memenuhi nafsu kesunyian dan rasa ingin didampingi, tapi cinta yang bermatlamat. Jika tidak mahu pasang matlamat, anda beli sepasang pokok, kemudian anda jaga. Namakan pokok cinta. Jaga pokok tu sebagaimana anda jaga cinta anda.

6) Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing perlu mainkan peranan.  Bersama-sama pertahankan cinta yang anda bina. Ketika sang adam tengah sedih, atau macam ada yang tak kena, sang hawa kenalah rajin bertanya, ada masalah ke tak. Begitulah sebaliknya, tapi sila ambil serius kalau nampak perubahan pada dia kerana dia mungkin benar-benar perlukan seseorang disisinya untuk meluahkan rasa. Contohnya kalau selalu setiap malam tepat pukul 10, si dia akan mula sms atau call, tapi hari ini dia tidak buat sedemikian, mungkin dia ada masalah. Cuba sms dia tanya dia ok ke tak. Kalau dah sehari dia masih tak balas sms, memang dia betul-betul ada masalah.  Kalau dia ada masalah, bantu dia. Sentiasa beri motivasi walaupun anda sendiri dah naik muak. Gunakan kemahiran soft skill anda. Ada masanya kita perlu melayan si dia sebagaimana kita layan kawan karib dan adik-beradik, tapi ada masanya kita perlu layan dia seperti diri sendiri. 

7) Zaman sekarang macam-macam dah ada. Daripada webcam ke paling cikai pun masih lagi dengan sistem surat-menyurat. Sentiasa hubungi si dia dengan pelbagai cara, sekurang-kurangnya sekali sehari pun dah cukup seperti sms  “Slamat malam. I Love U”. Sekurang-kurangnya dia tahu anda ingat pada dia setiap hari. Sekali sekala hantarlah dia hadiah seperti perfume. Surat cinta pun dah cukup.* 

8) Buat kejutan untuk si dia. Berikan kejutan demi kejutan kepada pasangan untuk mengubati kerinduan. Antaranya, kirimkan sejambak mawar merah berserta coklat. Ataupun berikannya lawatan mengejut agar si dia lebih menghargai dirimu kerana pengorbanan yang sanggup dilakukan. Pastinya rindu yang mengulit jiwa terubat pabila diri diberikan kejutan yang menyeronokkan.

9) Kalau dah berusaha, serahkan saja pada yang Tuhan.  Sentiasa berpegang pada prinsip ‘kalau dia milik aku, tak akan lari kemana’.  Tak guna bermegah-megah dengan tempoh perhubungan anda. Sebagai contoh, ada yang berbangga telah couple selama 6 tahun, tapi kemana akhirnya? Berpisah jugak.  Jadi sentiasa berserah pada Dia.
*****semoga dengan tips2 yang diberikan, hubungan Cinta Jarak Jauh KOrang akan bertahan sehingga ke alam perkahwinan.INsyallah~

***** Korang Baca ke Artikel kat atas ni? Panjang sangat ea?? xpe2..joM dengar Lagu ni..memang ada kaitan dengan CINTA jarak Jauh.Sambil Play, korang baca lagi skali ok~ baru ade feeling gitu *.*
Layannnn~ zasssss~






Artikel NI Kredit Kat : Majalah Eh!  dan akalemosi

Comments
14 Comments

14 KOMEN TERHEBAT:

  1. ya-Allah, semlm baru jer meluahkan segala2nya kepada si dia tentang perasaan puas aty @ x puas aty selama seminggu kami berjauhan... baru berkenalan dalam tempoh sebulan, dia da amek keputusan balik kampong utk teruskan bisnes family... bersabarlah wahai hati...T_T

    I do trust on you syg... always...:)

    ReplyDelete
  2. Doa,,Andai Allah izin mka bnda tu brlku,,andai Allah redha,in syaa Allah dia jodoh awak,,in syaa Allah,,slgi kmu ykin dngn Allah,baik awk msh brsma dia atau tidak lg ada ksmptn utk bsma lg,hti awak akn ikhlas..

    ReplyDelete
  3. Saya bakal menghadapi hubungan cinta jarak jauh..semoga bermanfaat dengan tips yg diberi..takut sangat pasangan bosan dengan penantian...harap2 kami berdua stay together..aminn3...

    ReplyDelete
  4. Sememangnya menyakitkan hubungan jarak jauh.dugaan dan cabaran mendatang.selama 1 tahun menjalin hubungan jarak akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke negaranya.banyak feedback positive dan negative.adakah keputusan dan tindakan yang saya lakukan betul atau salah?semoga dipermudahkan sega

    ReplyDelete
  5. wah seru banget ceritanya ka ... kita juga punya jasa service apple di BANDUNG yang berkualitas JASA SERVICE IPHONE IMAC MACBOOK IPADIPOD DI BANDUNG DAN HARGA TERMURAH

    ReplyDelete
  6. Terima kasih lah bagi tips nih..memang betul pun bnyk dugaan dlm cinta jarak jauh nih..entahlah sama ada saya blh percaya ngan dia..lagipun dia belum tentu jodoh saya nnti..semua ketentuan Allah S.W.T..jadi jngn terlalu berharap pada sesuatu perkara yang kita belum dpt lagi takut nnti kita yng merana.pesanan ikhlas dari saya��

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. 2014-now...hopes still make it to the top😺

    ReplyDelete
  9. QQ96ACE .ONLINE
    Menawarkan Bonus di situs judi online kita
    Minimal deposit 25rb
    Newmember Bonus 10rb
    Bonus harian 20%
    Poker Freechips 5rb setiap hari
    WA +62 823 6229 3153

    ReplyDelete
  10. Mmg berguna tips nee pd saya.. Tp mcm mna nk move on klau sering diugut. X berbaloi klau syg n cinta dh x ada tp. Still want together klau hanya utk suka2.😖

    ReplyDelete
  11. aku skrang berhadapan dengan cinta jarak jauh. jarak jauh bkn senang, tp ia membuatkan kita lebih matang dan lbih mwnghargai pasangan. jarak aku dgn pasangan mmang sgt jauh. aku di malaysia, dea dy afrika. aku knsl dea dy university.aku ambil degree, dea ambil inggeris. bln 12 thun lepas dea telah dihantar pulang ke Afrika. in sha Allah, dea akan dtg semula ke malaysia bln 9 thun ney untuk ambil degree.

    ReplyDelete
  12. Ya who know ldr mmg akit.. 2 years with him.. Always together but now start to make distance both of us.. 2 thun keluar sama ii tiba ii sbb bljr ke arah bidang dia minat trpksa berjauhan so ya.. Salah stu perit yg d alami skrg ialah orq yg kita syg n mkin jauh.. Btw tq for tips.. Insyaallah dgn izin Tuhan.. Allah pnjgkan hubungan kepada lebih serius.. Amiin

    ReplyDelete
  13. Saya akan cuba nasihat yang andak beritahukan

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum terima kasih bagi nasihat cinta jarak jauh ni saya pun ada juga si dia cakap di anggap saya ni abang angkat dia tapi saya jujur memang setia kat dia saya suka dia boleh tak bagi ke terangan terima kasih...

    ReplyDelete

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012