Click here for Myspace Layouts

KHAS UNTUK AWAK

Views
Coretan : mahirah ridzuan -lubimaya.luna@gmail.com

Awak
Hari nie saya happy sangat
Awak datang konvo saya
Tapi saya buat2 biasa je
Egonya saya, padahal hati tue suka

Awak
Hari nie saya happy sangat,
Awak datang konvo saya,
Walaupun lambat tapi awak tetap datang
Tak kisahlah, janji dapat tengok awak satu hari nie

Awak
Hari nie saya happy sangat,
Awak kasi bunga,
Tapi saya malas nak tunjuk suka, egonya saya
Padahal dalam hati tue rasa nak melonjak je (seronok gila)

Awak
Hari nie kita makan semeja
Saya buat selamba je,
Saje biarkan awak dengan parents saya
Tapi saya bangga
Awak dapat serasi dengan mereka

Awak
Hari nie saya dapat berita,
Awak demam, (rungsingnya saya)
Saya risau tak tau nak buat apa
Saya jauh tapi saya cuma dapat tanya kabar awak je…

Awak
Hari nie saya berserabut sangat
Tapi saya tak tunjuk, saya terfikir
Macam mana keadaan awak
Awak senyap je, saya pun senyapla
Egonya saya

Awak
Hari nie saya tengok awak senyap je
Saya pun terfikir, awak ingat saya tak?
Saya ingat awak tapi buat selamba je
Dalam hati tuhan je yang tau(resah gila)

Awak
Hari nie saya tengok awak senyap lagi
Saya cuba hubungi awak
Tapi sekejap je cakap kononnya busy
Padahalnya tak, sebenarnya takut bos marah

Awak
Hari nie saya tengok gambar kita
Saya terfikir,
Awak selalu tak tengok macam saya?
What ever tuhan aje yang tahu

Awak
Hari nie hati saya meronta
Saya ingat nak call awak
Tapi saya takut ganggu mak awak
Kesian dia

Awak
Hari nie saya tak call awak
Bukan sengaja, tapi saya banyak kerja
Saya tau awak hampa
Maafkan saya…

Awak
Hari nie saya tak call awak lagi
Bukan sengaja tapi
Saya tak tau mana lokasi awak (saya buntu sangat)
Tak tau macam mana nak hubungi awak
Maafkan saya lagi…

Awak,
Kenapa terus menyepi,
Saya risau sangat,
Awak dah lupakan saya ke?
Tapi saya masih ingat kat awak.

Awak,
Fikiran saya semakin rungsing
Semuanya kerana awak
Awak terus menyepi
Di mana awak?

Awak,
Sebulan terus berlalu,
Namun awak masih menyepi,
Telefone pun tidak berfungsi,
Benarlah awak dah lupakan saya di sini

Awak,
Saya terlihat satu gambar di blog awak
Gambar itu cukup menjelaskan suasana sebuah majlis
Yang nyata hati saya hancur!
Dalam diam rupanya awak mengikat pertunangan
Sampai hati awak...

Awak,
Kini saya sedar,
Maaf jika panggilan saya selama ini menganggu awak,
Yang nyata awak bukan di takdirkan untuk saya,
Biarlah saya terus menyepi,
Pasrah jika jalan ini yang kita akan pilih
Tapi satu perkara yang awak perlu tahu,
Kenali awak adalah anugerah terindah yang pernah saye miliki.
Terima kasih awak...

Comments
1 Comments

1 KOMEN TERHEBAT:

  1. Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi

    Agen Sepak Bola Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Agen Sbobet Judi Bola

    Judi Sepak Bola Terbaik

    Agen Judi Online

    Bandar judi ikan

    Agen sabung ayam

    judi sabung ayam

    judi tembak Ikan

    Agenjudi tembak ikan terbaik

    ReplyDelete

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012