Click here for Myspace Layouts

TIADA JALAN KE HATIMU

Views
Coretan : ~ErMy~ soalan.terakhir@yahoo.com.my

Mencuba meraih hatimu..
Walau payah yang aku pikul.. Walau beban yang aku tadah..
Mencuba mendekatimu... Walau kau tak pernah jauh dariku..
Kau tahu hatiku.. Kau tahu perasaanku..
Kau datang padaku.. Kau biarku bermain dengan emosi..
Kau goda hatiku... Kau lepas hatiku..
Mana akhir teka teki ini???

Siapa aku di sanubarimu?? Sekadar teman atau bagaimana????
Mengapa beri tanda cinta walau tiada niat untuk mencinta???
Akukah yang bermain perasaan?? Tetapi mengapa tiada langkah saat ku minta kau pergi???
Jangan kau berlari-lari dalam hatiku.. Tetaplah di situ kalau itu destinasinya...

Aku cuba merungkai kata pasti.. Kenapa kau berdiam diri???
Aku mahu kesudahan cerita yang kau tulis...
Aku mahu kepastian yang hanya ada padamu..

Jenuhku menunggu, letihku menanti..
Rupanya dia yang kau inginkan..
Kau datang padaku untuk meraih cinta darinya..
Oh, Tuhan!! Kenapa terjadi lagi episod ini??
Episod yang sama, berulang-ulang terjadi dalam salur hidupku..

Seharusnya kau pergi seawal kau tahu hatiku menyanjung dirimu..
Kau tidak tega melangkah dariku.. Kau buat aku terus berharap padamu..
Seandainya aku tahu niatmu, pasti aku tak segan membina jarak antaramu.

Tiada jalan sudah.. Tiada harapan sudah...
Kau beri aku tanda cinta yang bukan untukku..
Kau beri aku senyum murahan untukku terbang ke langit khayalan..
Tanpaku sedar, kau memendam cinta pada dia yang aku sanjung...
Kau simpan hatimu untuk dia yang tak mungkin aku saingi..
Dia saudaraku.. Darahku ada mengalir dalam nadinya..
Dia teduhkan aku saat hatiku kehujanan pilu..
Dia rangkul aku saat hatiku hampir hancur..

Tiada jalan lain ke hatimu.. Tiada perlu lagi aku di sini..
Menantimu adalah kebodohanku..
Menunggumu adalah ketidakwarasan akalku..
Telah lama ku harap kau jemput cintaku..
Telah lama ku simpan satu hati untuk kau sanjung..

Saatku sedar tiada jalan menuju ke hatimu, aku yakin aku harus pergi..
Jangan kau halang lagi... Jangan berdalih lagi..
Aku tak bisa menipu hatiku.. Aku tak sanggup senyum dibalik sedihku..
Sampai di sini saja... Terhenti di sini cintaku untukmu..
Berakhir di sini hubungan tanpa nama ini...

0 KOMEN TERHEBAT:

Post a comment

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012