Click here for Myspace Layouts

TIPS PILIH PASANGAN IDEAL

Views
Hi! Hi! semua :) 

Menarik x tajuk kat atas ni? Tips mencari pasangan Ideal..

Korang masih single?? Masih mencari? Atau sudah lama berkahwin? Merancang masa depan? Sudah tentu korang tidak mahu tersalah pilih kan? <','>

Bagi korang yang masih solo ataupun sudah punya kekasih, bagaimana nak tahu adakah calon atau bakal kekasih kita itu benar-benar pasangan ideal untuk kita.
 
Jadi jom kita bacakan sedikit tip di bawah ini :

1. Tulus hati dan jujur
Kita boleh lihat dengan mengenalinya dengan lebih lama dan mendalam. Kita boleh lihat adakah dia berpura-pura dengan kita dengan cara melihat perhatian atau tingkahlakunya ketika bersama kita. Kadang-kadang dengan orang lain kemain lagi ego dan kasarnya. Tetapi dengan kita , pijak semut pun tidak mati. Awas. Satu hari nanti kita mungkin akan diberikan layanan yang sama, kerana si dia hanya berpura-pura dan sembunyikan perwatakan yang sebenarnya. Setuju?

2. Menghargai kita.
Manusia kan biasanya berlainan pendapat dan pandangan. Ini kerana faktor-faktor sekeliling kita atau cara kita dibesarkan adalah tidak sama. Bertuahlah anda jika mempunya pasangan yang mempunyai padangan dan pendapat yang satu citarasa tu. Tapi jika ditakdirkan kita dan dia berbeza pendapat, dia tetap menghargai dan menghormati pendapat kita itu. Tetap bertolak ansur dan menerimanya.

3. Kematangan dan tanggung jawab
Tanda-tanda seseorang telah mencapai kematangan peribadi adalah apabila seseorang itu bersedia membincangkan masalah. Tidak menyembunyikan sesuatu, tidak mungkir janji dan tidak membelakangkan kita. Apabila kita mempunyai kekasih yanng suka berterus-terang , alangkah bestnya. Jika tidak matang dan tiada tanggungjawab, alamatnya kita dapat rasa kita akan kurang selesa. Setuju?

4. Yakin kepada dengan dirinya sendiri
Ada kekasih yang rasa tertekan jika kita ini terlebih sedikit daripadanya. Apabila kita ni terlebih sedikit dia mula rasa terancam. Lebih-lebih lagi jika sedia itu lelaki. Mulalah dia akan rasa cepat tersinggung dan lebih tak best lagi anggap kita ni ancaman pula! Kalau begini, susah juga kita nak berbincang dan membuat banyak perkata bersamanya. Dengan kata lain pastikan kekasih kita, boleh bertolak ansur dan sentiasa percaya akan kebolehannya. Jangan berfikir yng bukan-bukan tentang diri kita yang dianggap cuba menjatuhkan kebolehannya.

5. Terbuka secara emosional
Sanggup berkongi senang dan susah. Kita akan dapat rasa bukan saja ketika kita senang dia ‘baik angin’ dengan kita, malah ketika kita dilanda masalah pun, dia sanggup bersama kita. Emosinya juga turut tenang dan cuba menyelesaikan masalah kita dan sudah tentu kita rasa selesa sentiasa.

6. Mengagumi kita
Kitalah segalanya baginya. Kitalah the best untuknya. Kita boleh nampak dari tingkahlaku dan kata-kata yang dikeluarkannya. Walaupun sudah bertahun kita menjalinkan hubungan, dia tetap rasa kita ini idolanya. Wah! Sangat best. Tapi janganlah dia saja begitu kepadanya. Kita pun kena lah sama begitu.

********
Itulah antara ciri-ciri kita nak tahu jika couple kita itu ideal untuk kita atau tidak.
Tapikan, kalau anda sendiri tiada ciri-ciri di atas, maknanya andalah pasangan ‘Tidak Ideal’ untuk si dia.hehe~ Gurau Aje.. 

Yang Penting, Jangan terlalu memilih oke~ sebab nobody is perfect. Nanti sampai ke tua x kawin2 lagi :) oppsss!! huhu

Untuk yang sedang mencari Jodoh tu, DOKTOR CINTA tujukan lagu kat bawah ni khas untuk korang sume..JOm layannn~ zasss~ 




Tips NI Credit Kat : ohmedia!

*.* Kalo korang baik, sumbang la pendapat korang. korang KLIK aje gambar kartun comel bawah ni oke~

0 KOMEN TERHEBAT:

Post a Comment

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012