Click here for Myspace Layouts

NAK SAMBUT VALENTINE'S DAY @ HARI KEKASIH!????

Views
Assalammualaikum WBT,

Entry DOKTOR CINTA ini khas bersempena dengan tarikh esok, 14/02/2012 yang bakal menyaksikan sambutan Valentine's Day atau Hari kekasih. Tetapi yang sedihnya, masih ramai orang islam turut sama meraikan hari Valentine's Day tanpa mengetahui tujuan sebenar sambutan ini diadakan.

Perlu diingatkan, ia merupakan salah satu amalan orang kristian dan BUKAN ajaran Islam. Diharapkan dengan perkongsian entry ini, korang tidak lagi meraikan hari KEKASIH ini dah. oke~ promise me (',')



If you are ISLAM, Mandatory Say No!!! to VALENTINE'S DAY !!!!

********************************************

Bersembunyi di sebalik tema kasih sayang, musuh musuh Islam berjaya mengubah persepsi masyarakat dengan mengubah amalan ritual tersebut sebagal budaya popular dalam masyarakat

valentineday

VALENTINE Day’, namanya pun sudah cukup menunjukkan ia bukan daripada budaya masyarakat Malaysia apatah lagi Islam. Tetapi kedatangan tarikh tersebut tetap ditunggu-tunggu, seolah-olah hanya hari itu sahaja yang amat bermakna untuk meluahkan perasaan kasih dan sayang.

Persoalannya, apakah hari-hari lain tidak cukup istimewa untuk menyatakan perasaan kasih, cinta dan sayang, walhal dalam setahun, terdapat 365 hari dalam hidup seseorang untuk berbuat demikian???. Yang pasti tarikh ‘keramat’ itu tetap menjadi pilihan khususnya muda mudi yang hangat bercinta bertemu pasangan masing-masing untuk menyatakan ketulusan cinta di hati. 

Si jejaka biasanya akan menghadiahkan sejambak bunga berserta kad ucapan yang penuh dengan kata-kata puitis. Maka tersenyum puaslah si wanita tatkala menerima pemberian daripada kekasih hatinya. Yang beruntung, si penjual kad dan bunga yang sudah tentu mengaut untung besar bila tibanya tarikh tersebut.



SEJARAH VALENTINE'S DAY

>Pada tanggal 14 Februari 270M, St. Valentine dibunuh kerana penentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi, Raja Claudius 11 (268   270 M). Untuk mengagung-agungkannya, yang dianggap sebagai simbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cabaran hidup, para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

> Sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’tersebut berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut ‘supercalis’ yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

> Bagaimanapun setelah orang orang Romawi memeluk agama Nasrani (Kristian), pesta ‘supercalis’kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

> Memandangkan perkataan Valentine hampir serupa bunyinya dengan perkataan ‘Galetine’ yang bererti ‘galant atau cinta’, dalam bahasa Perancis Normandia, maka kebanyakannya cuba menjadikan tarikh 14 Februari itu sebagai tarikh yang paling sesuai untuk mencari pasangan hidup.

> Tarikh 14 Februari 1492, adalah tarikh kejatuhan Empayar Islam Sepanyol. Memandangkan Islam pada waktu itu dianggap sebagai agama yang zalim, maka St. Valentine telah mengisytharkan tarikh tersebut sebagai tarikh bagi rakyat untuk berkasih sayang.


 > Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

 
> Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius 11. Saint Valentine yang dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia, sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

> Pada zaman pertengahan,masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai ‘hari burung burung mencari pasangan’. Justeru, pada kurun tersebut,mereka mula meniru perbuatan burung dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

> Maklumat terawal menyatakan,Hari Valentine wujud pada awal zaman Rom Kristian. Pada masa itu penduduk asal Rom menyambut’Hari Kebesaran Serigala’ iaitu hari memperingati serigala yang memelihara pengasas kerajaan Rom iaitu Rumulus dan Remus. Namun tarikh tersebut jatuh pada 15 Februari. Selain itu, hari tersebut juga terkenal sebagai Hari Kebesaran Lupercalius iaitu bagi memperingati Februata Juno yang dianggap tuhan bagi masyarakat Rom yang bersimbolkan wanita dan perkahwinan serta memperingati Pan, tuhan alam semula jadi. Pada hari tersebut, gadis gadis akan meletakkan nama mereka ke dalam sebuah kendi. Manakala si teruna akan mencabut nama para gadis tersebut dari kendi tadi untuk mencari pasangan seks untuk sehari atau setahun atau pada bila bila masa mereka perlukan. Pasangan pasangan ini akan saling bertukar cenderamata dan hadiah sesama mereka sebagai tanda kasih sayang.

> Setelah pengaruh Kristian menguasai kehidupan masyarakat Rom,mereka menukarkan perayaan hari kebesaran tersebut dengan sesuatu yang lebih bermoral dan menepati ajaran agama Kristian. Mereka mencadangkan perayaan itu ditukar kepada tarikh 14 Februari, bagi memperingati kematian paderi St. Valenine yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom.

> Budaya menghantar kad ucapan dan ucapan ‘Your Valentine’dikatakan berasal daripada tindakan St. Valentine. Semasa dipenjarakan, dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang dikatakan anak salah seorang pengawal penjara. Setiap hari si gadis tersebut melawatnya dan sebelum dijatuhkan hukuman, paderi tersebut sering menghantar kad yang bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya itu.

> Simbol yang tidak asing setiap kali Hari Valentine ini ialah objek seorang budak kecil yang bersayap dan memegang busur anak panah. la dinamakan Cupid dan digambarkan sebagai seorang anak tuhan Venus iaitu ‘tuhan cinta dan kecantikan’ bagi masyarakat Rom. Mereka percaya bahwa sesiapa yang dipanah dengan cupid akan mudah jatuh cinta kepada seseorang.



BERTEMAKAN KASIH SAYANG

Hakikatnya, tema kasih sayang dijaja sejak berkurun-kurun lama dahulu, bukan sahaja menular di kalangan masyarakat bukan Islam, sebaliknya semakin menjadi budaya popular di kalangan umat Islam yang rata-ratanya hanya tahu menyambutnya tanpa mempedulikan asal usul tercetusnya perayaan sedemikian. Berselindung di sebalik nama kasih sayang, Valentine Day, seolah-olah menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan tanpa ada batasnya.Lantaran itu, melihat kepada cara sambutan dan perbuatan muda mudi yang tidak segan silu berpelukan,bercumbu dan bercampur bebas.

PENGHARAMAN SAMBUTAN OLEH ULAMA

kebanyakan ulama mengharamkan sambutan tersebut. seseorang itu boleh dianggap murtad atau keluar daripada Islam sekiranya sambutan tersebut mirip dengan agama asal perayaan berkenaan, iaitu Kristian. Duka cita dimaklumkan inilah yang terjadi kepada anak muda zaman kini.Walaupun ilmu pengetahuan mudah didapati tetapi mereka seolah-olah tidak ambil peduli, malah menuruti sahaja.Ada yang bila ditanya “adakah anda menyambut Hari Valentine”,wah jawapan mengalahkan Mufti besar. menidakkan sahaja.Tetapi hakikatnya itulah yang mereka sambut.

Malah berdasarkan kepada sebuah hadis sahih,bermaksud, Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut,” , perbuatan meraikan hari berkenaan akan lebih bercanggah apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti yang tercatat di dalam sejarah purba Rom. Lantaran itu, umat Islam tidak harus terlalu mengikut amalan yang sama sekali bertentangan dengan budaya Islam sedangkan Islam itu lebih sempurna dan lengkap.

“Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.Bahkan jika kita tidak bertegur    sapa dengan saudara seislam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudah pun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,” katanya. Jelas sekali budaya yang kini merasuk umat Islam untuk turut serta meraikannya, jelas sebagai budaya ikut ikutan yang membabi buta. 

Lebih teruk lagi, apabila umat Islam turut mengikut rentak masyarakat bukan Muslim yang menjadikan hari tersebut sebagai hari memadu kasih’ sehingga terpaksa”menggadaikan maruah diri semata-mata atas nama cinta. Walhal, terdapat pelbagai peringatan agar umat Islam lebih berhati hati di atas setiap tindakan supaya tidak terjerumus di dalam sesuatu yang tidak diketahui asal usulnya.

Ini jelas melalui firman Allah yang bermaksud, ‘Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya”(surah AI Isra: 36).Malah Allah turut memberi peringatan, umat Islam akan senantiasa menjadi sasaran utama musuh musuh Islam yang mahu memastikan golongan ini hanyut dengan ‘keasyikan’duniawi sekali gus mencemarkan nama bailk Islam. Justeru, salah satunya, ialah dengan mempopularkan sambutan Valentine day.

Secara dasarnya, masyarakat tidak akan mempertikaikan konsep sambutan yang diadakan kerana ia turut berkait rapat dengan naluri kemanusiaan yang ingin hidup dikasihi dan mengasihi. Lantaran penerimaan konsep inilah, ia dianggap sebagai sambutan yang tidak lebih daripaca mewujudkan nilai-nilai kasih sayang dalam masyarakat. Walhal, cerita di sebalik sambutan itu bertujuan mengagung-agungkan seorang paderi, Pedro St. Valentino yang jelas membenci Islam sekali gus mengisytilharkan tarikh berkenaan sebagai tarikh berkasih sayang kerana ‘bebas’ daripada cengkaman pemerintahan Islam. 

Justeru, tumbangnya kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Yang demikian, benarlah kata kata Allah yang bermaksud, “Orang orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. 

Orang orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar belit maksudnya), mereka itulah orang orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi”.   (surah al Baqarah ayat 120-121)

Dalam hubungan ini, tema berkasih sayang sememangnya telah wujud dalam ajaran Islam sejak Islam diangkat sebagai satu satunya agama yang sempurna di muka bumi ini. Yang berbezanya, kasih sayang dalam Islam lebih berkonsepkan ketaatan kepada Allah s.w.t. kerana kasih sayang inilah yang akan terus kekal dan membawa kebahagiaan yang sebenar dalam kehidupan seseorang.

Hakikatnya, seorang hamba yang cinta dan kasih kepada Allah, pastinya akan cinta sesama manusia dengan jalan yang dibenarkan oleh Allah. Yang pasti, tiada yang lebih bernilai di muka bumi ini melainkan limpahan kasih sayang Allah terhadap hamba hambanya. Ini jelas sebagaimana sabba Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribacat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta¬ mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata”.   (Hadis’Riwayat Bulkhari).

If you are ISLAM, Mandatory Say No!!! to VALENTINE'S DAY !!!!


Artikel Kredit Kat : kamalmustafa.com

0 KOMEN TERHEBAT:

Post a Comment

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012