Click here for Myspace Layouts

PUTUS CINTA- KENAPA NASIBKU BEGINI??

Views
aSSALAMmualaikum..

Ruangan MAsalah Cinta pada kali ini, DOKTOR CINTA ingin kongsikan masalah dan luahan cinta daripada seorang pembaca di Blog Pakarhowto.com. Tiada cadangan mengenai penyelesaian masalah ini yang diberikan oleh penulis blog tersebut.

Kalau korang ada apa-apa komen atau pendapat, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah ini yer. Bersama-sama kita berkongsi pengalaman untuk panduan di kemudian hari. Terima kasih ;)

Putus cinta – Kenapa begini nasibku?

Salam..
Saya telah bercinta hampir 5tahun dengan seorang lelaki yang dikenali secara kebetulan. Dia mendapat no telefon Saya melalui seseorang. Peringkat awal percintaan memanglah indah.

Namun panas tidak berpanjangan. Terlalu banyak dugaan dan onak dalam percintaan kami. Antaranya bekas kekasih yang dianggap adik sering menganggu dirinya. Saya telah mengundurkan diri demi memberi laluan kepada perempuan tersebut yang sangat cintakan dirinya. Namun dia berkali-kali menyatakan pada saya wanita tersebut hanyalah adik. Wanita tersebut pernah curang dan kini dia telah ada saya, wanita yang dia cari selama ini. Saya menerima dirinya kembali kerana perasaan cinta telah berbunga waktu itu.

Bukan setakat itu dugaan percintaan kami, gangguan dari anak saudaranya yang meminati saya turut membawa pelbagai bencana di dalam hubungan kami. Kami hampir putuskan hubungan kerana tindakan anak saudaranya yang diluar dugaan. Terlalu banyak untuk saya corertkan di sini.

Hampir 4 tahun hubungan kami tidak dimeterai dengan ikatan yang sah. Dia tidak pernah berunjung ke rumah untuk bertemu keluarga saya. Malahan sepanjang perkenalan, hanya beberapa kali kami bertemu di KL. Tidak pernah dia memperkenalkan saya kepada keluarganya. Hati saya seringkali dilanda duka dan kecewa dengan sikap tidak bersungguhnya.

Saya benar-benar pertahankan hubungan ini walau dugaan yang melanda sangat hebat. Paling tidak dapat saya lupakan sewaktu dia ditangkap basah dengan pekerjanya. Saat itu kami telah merancang untuk bersatu. Saya dikhabarkan dia telah dikhianati oleh wanita tersebut. Saya sudah tidak mampu berfikir dengan waras saat itu. Saya dapat rasakan dunia sudah kelam. Bagaimana untuk saya lalui hari-hari ni dengan bebanan yang terlalu berat untuk dipikul. Hari-hari saya dihiasi dengan air mata. Namun kerana cinta yang terlalu mendalam Saya tetap menantinya sehinggalah dia sah bercerai dengan wanita tersebut.

Saya tidak bertanya samaada benar itu satu sabotaj atau memang dia juga sukakan wanita tersebut. Saya tidak mampu untuk fikirkan banyak perkara saat itu. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya.
Dia masih mengungapkan kata cinta kepada saya selepas kes tersebut selesai. Namun sikapnya berubah. Dia tidak lagi menghubungi saya seperti biasa. 


Saya masih memberi kekuatan padanya untuk teruskan hidup. Saya tetap berusaha untuk selamatkan hubungan kami. Saya terlalu cintakan dirinya. Saya luahkan kesangupan saya untuk hidup bersama denganya kerana saya telah melalui onak duri yang sangat bahaya sepanjang bercinta denganya. Saya tidak mahu sia-siakan masa yang telah kami habiskan bersama.

Tapi akhirnya segala usaha saya sia-sia jua. Kali terakhir saya bertanya padanya hanya kata putus yang saya dapat. Dia rela lepaskan saya pergi. Tangisan saya usah dikira masa tu. Saya tertanya-tanya sendiri kenapa dia perlakukan saya begitu. Setelah segala keukaran yang saya lalui selama ini.

Saya terpaksa pergi jua. Saya cuba teruskan hidup seperti biasa. seolah-olah tiada kelukaan di jiwa. Saya tukar no hp dan padam no hp dia dan juga keluarganya. Saya harus kuat dan tabah lalui segalanya. Hidup saya kembali sunyi tapi sekarang lebih tenang. Tidak saya nafikan bukan mudah untuk saya lupakan dirinya. Dia tetap hadir di dalam mimpi saya.

Kuasa Allah mmg hebat. Siapa sangka dia mencari saya semula. Diringkaskan cerita dia mendapat no baru saya melalui seseorang yang mengenali saya. Namun saya sudah tidak mahu lagi diganggu olehnya. Saya menangis kerana dia datang kembali. Walau saya masih sayang tapi saya tidak sanggup melalui kelukaan buat kali kedua.

Namun, fikir punya fikir, akhirnya saya terima dirinya kembali dengan harapan dia akan berubah dan kami ada peluang untuk hidup bersama. Kali ini hubungan kami lebih baik berbanding dulu. Dia sedikit berubah dari segi pertuturan. Rancangan untuk hidup bersama semakin hampir namun sikap tidak bersungguh dia buat saya rasa kecewa kembali.

Telah saya nyatakan padanya saya hanya akan tunggu dia sehingga hujung tahun 2010. Sudah hampir 5 tahun bercinta rasanya sudah sampai masanya untuk tamatkan dengan ikatan yang sah.

Rancangan tidak menjadi juga kerana keluarganya kemalangan. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran tersebut. Saya lanjutkan lagi tempoh tersebut pada tahun ini. Tapi selepas kejadian tersebut dia terus berubah sikap. Dia jarang hubungi saya. Dia seolah-olah ingin menjahui diri.

Saya teringat kisah dulu bagaimana dia biarkan saya bermain teka teki dengan sikap dia. Tanggal 19 Jan dia ucapkan kata putus. Selepas kami berchatting melalui facebook. Tidak saya sangka sama sekali kerana dia memberikan alasan untuk putuskan hubungan ialah kerana saya telah berchatting dengan seorang pelajar lelaki.

Pada saat itu juga saya mengambil keputusan tutup akaun FB Saya. Saya merasakan tidak wajar sama sekali tindakan dia. Dia lukakan saya kali kedua.

Keluarganya cuba menyatukan kami semula. Dia perlukan tempoh untuk berfikir. Selepas 3 hari keputusanya tidak berubah. Dia tetap putuskan hubungan. Dia tidak dapat menerima kerjaya saya sebagai guru katanya. Dia tidak mahu ada seorang pun lelaki dalam hidup saya.
Telah berkali-kali saya nyatakan pada dia, hanya dia seorang lelaki yang saya cintai dalam hidup saya, selebihya adalah sekadar teman sekerja. Saya telah buntu dan akhirnya saya menerima kata putus dia tanpa kerelaan.

Sangat tidak wajar alasan yang diberikan pada saya selepas hampir 5 tahun bercinta. Dia sepatutnya sudah arif dengan kerja saya. Mana mungkin saya dapat menerimanya kali kedua dia putuskan hubungan. Dia yang datang cari saya kemudian dia yang putuskan hubungan.

Saat ini hati saya menangis pilu. Kenapa lelaki yang sangat saya cintai lakukan begini pada saya? Tidak cukupkah kebaikan yang saya beri selama ini? Kenapa saya dilukai lelaki yang sama? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Saya tidak mampu terima semua ini…

0 KOMEN TERHEBAT:

Post a Comment

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012