Jangan Menjadi “ABSENT LOVER”
Ya..Kadang-kadang kita harus akur pada tuntutan hidup dan komitmen yang lebih mendesak daripada hubungan cinta. Namun hati pasangan juga perlu dijaga, jika anda mahukan hubungan anda dengan si dia berkekalan. Percintaan jarak jauh (PJJ) adalah tidak digalakkan, apatah lagi meninggalkan si dia terkontang-kanting lama tanpa sebarang khabar berita tatkala perlu berjauhan demi tugas. Kelak, si dia pula yang akan mencari seseorang buat mengisi kesepiannya itu.
Jangan Menjadi “PART TIME LOVER”
Ini juga merupakan satu aktiviti kokurikulum yang sangat keji. Kita mudah untuk mencipta alter ego sebagai pemuas diri sendiri. Apa yang kekasih hati tidak mampu beri, kita cari dari kekasih fantasi. Cinta ini kerja sepenuh masa, tetapi tidak bergaji. Maka, cintailah si dia sepenuh hati anda.
Hindari Melayan SMS Bersifat Peribadi
Perangkap Cinta Tiga Segi boleh dielakkan jika anda memeriksa apakah si dia hanya membalas panggilan dan SMS anda pada waktu tertentu. So, beware of it!
Berwaspada Dengan Kenalan Maya
Jangan mudah menambah (Add Friends) entah siapa-siapa di Facebook atau disebarang internet social service. Tengok namanya Aiman Danish. Gambar profilnya menawan, kalah artis Korea.Statusnya masih bujang. Apabila dikorek, anaknya sudah 5 orang. Hahaha… =)
Ramah Bukan Miang
Jangan menjawab mesej miang di telefon atau di laman web sosial maya. Strictly business. Jangan beri apa-apa harapan. Be nice tidak salah. Terlebih ramah tu yang PARAH.
Tetapkan Pendirian & Kuatkan Semangat
Akhir sekali, buat keputusan yang BULAT. Cinta Tiga Segi ini berakar apabila anda mula menjalinkan hubungan dengan lebih daripada seorang dalam satu masa. Jika semua pihak yang terlibat dalam masalah ini sedar bahawa segalanya hanya bersifat casual dating, mungkin ringan sikit kesnya.
Tetapi akan menjadi berat jika satu pihak mula menunjukkan komitmen yang serius. Apabila ini terjadi, cepat-cepatlah berikan kata ‘putus’. Cinta Tiga Segi ini bererti ada 3 hati yang perlu dijaga dan 3 kehidupan yang bakal berdepan dengan risiko. Berani buat berani tanggung okey!
VIDEO kat bawah ni amat popular bagi tema cinta tiga segi. JOm Layan :)
VIDEO kat bawah ni amat popular bagi tema cinta tiga segi. JOm Layan :)
Kredit Kat : Blog memenxx.blogspot.com
0 KOMEN TERHEBAT:
Post a Comment