Click here for Myspace Layouts

TIPS KENDALIKAN PASANGAN YANG SUKA MENGAWAL

Views

Anda mungkin sedar secara tiba-tiba bahawa pasangan anda ialah seorang yang suka mengawal diri tindak-tanduk anda. Ketika di awal percintaan dan di awal perkahwinan, anda mungkin masih tidak nampak perangai sebenarnya yang suka mengawal dan hanya menganggap dirinya seolah seorang yang berkeyakinan tinggi dan tegas.

Inilah yang dikatakan cinta itu buta kerana apa sahaja kelakuan pasangan yang tidak disukai terpaksa jua kita terima dan layani kerana kita tidak mahu kehilngan dirinya dan kita masih mencintai dirinya. Namun, selama mana dan sejauh mana anda dapat bersabar dengan dirinya yang suka mengawal anda?

Adakah dia seorang yang betul-betul suka mengawal atau anda sendiri yang terlebih sensitif? Ambil masa untuk anda bersendiri dan memikirkan kembali adakah dia benar-benar suka mengawal atau anda yang silap tanggapan terhadap dirinya?

Adakah dia seorang yang mempunyai pandangan yang tegas atau dia selalu buat apa yang ingin dia buat? Pasangan yang suka mengawal ialah seorang yang melayan anda seolah-olah anda ialah budak kecil yang mesti ditunjuk dan diberi panduan dalam hidup.

Pasangan sebeginilah yang akan menolak pandangan anda dan menyatakan hanya caranya sahaja yang boleh anda lakukan dan dia akan berterusan mengecilkan pandangan anda asalkan anda menurut perintah dan saranannya sahaja.

Adakah ini situasi yang hadapi? Jika ya, pasangan anda sememangnya seorang yang suka mengawal dan anda patut melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini agar anda dapat terus hidup bersamanya tanpa sebarang tekanan.


Cuba renung kembali dan analisis apa sebenarnya yang terjadi antara anda dengan dirinya. Untuk mengendalikan pasangan yang suka mengawal, anda perlu faham motif dan tujuan asalnya bertindak sedemikian.

Dalam situasi apakah ianya berlaku dan bagaimana ianya terjadi? Adakah dia selalu begitu atau hanya berlaku pada masa-masa tertentu sahaja? Kebanyakan sikap suka mengawal adalah disebabkan perasaan takut pasangan terhadapa sesuatu.

Pastikan anda selidik apa sebenarnya yang menghantui pasangan anda yang menyebabkan dirinya suka mengawal diri anda. Jika anda faham tentang dirinya dan masalah yang dihadapinya, pasti akan lebih mudah untuk anda mencari penyelesaian dan seterusnya dapat mengatasi perangainya itu.

Adakah boleh bersikap tegas dan yakin terhadap diri anda sendiri?

Adakah anda boleh berpegang kepada pendirian anda dalam sesuatu perkara yang penting buat anda? Dia mungkin seolah-olah mengawal anda tetapi anda tidak bersetuju dengan sikapnya itu.

Salah satu cara untuk mengatasi pasangan yang bersikap sedemikian adalah dengan bersikap tegas dan menyatakan pendirian anda yang anda tidak suka dia memperlakukan diri anda sebegitu.

Namun, anda perlu bijak melakukannya dan bijaksanalah dalam tutur kata dan tindakan anda. Jangan sampai membawa kepada pertengkaran yang serius. Jujur sahaja kepada dirinya dan nyatakan yang anda tetap mencintai dirinya walau apa pun yang terjadi.

Mengendalikan pasangan yang suka mengawal memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan yang amat tinggi. Pastikan segalanya berjalan dalam keadaan yang aman dan jangan sesekali biarkan emosi anda menguasai diri anda.

Kredit Kat : Blog XXX

0 KOMEN TERHEBAT:

Post a Comment

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012