Click here for Myspace Layouts

TIPS :- 9 LOKASI CARI JODOH BAGI YANG SINGLE AJE

Views

 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selalu tak korang mengeluh camni :=>

YANG PEREMPUAN : "hai,apalah nasib aku ni.nak kata tak cantik,rasanya ramai lagi yg kurang cantik daripada aku,Tapi mereka tu ada juga teman lelaki..aku ni,sorang pun tak nak!!,"

YANG LELAKI : "hai,apalah nasib aku ni.nak kata tak hensem,rasanya ramai lagi yg kurang hensem daripada aku,Tapi mereka tu ada juga awek..aku ni,sorang pun tak nak!!,"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ha.. ni ade 8 lokasi mencari pasangan... mlaki pompuan dua2 boleh

1.Perpustakaan-
Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu untuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air" 

Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach"
gadis yg kamu suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka.

Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar!

2.Pusat Boling - 
salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling??

3.Pusat beli-belah -
Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah. tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana.. ^_^

4.tempat seminar/camping -
kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang.

5.Internet -
Korang ade tak FACEBOOK, TWITTER, FRIENDSTER, YAHOO MASSENGER, GMAIL, OOVOO, SKYPE DLL???
wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini. ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini. cubalah kamu melayari internet untuk berchatting, manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui "chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.kata orang 'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!! bnyk juga yg penipu.


6.kenduri kahwin -
pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??wow!!
 

7.Pejabat/sekolah/Universiti -
sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi pejabat/sekolah/universiti kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti.

8.kafe -
daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu??
Cam ne??? Ok x tips ni??? kalau korang dah pernah try SEMUA tips ni, tapi tak menjadi, kena banyak2 berdoa la taw..INgat! kalau Allah dah tetapkan jodoh kita, tidak akan kemana. Cuma yang beza, cepat atau lambat :>> 
 
Berdoa! Yakin ! dan bertawakkal! itu kunci utama penemuan jodoh anda.

Tips ni Kredit kat : hazissac

NAK TAHU RAHSIA CIUMAN SUAMI???

Views
 
 
 
***UNTUK BACAAN ORANG YANG DAH BERKAHWIN SHJ YE**
 
Apakah tanda di sebalik ciuman suami anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?

Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
 
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri. 

CIUMAN BELAKANG TANGAN
 
Ciuman atau Kucupan pada Tangan Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya.. .. Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.

CIUMAN DI DAHI


Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.
 
CIUMAN PIPI


Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

CIUMAN CINTA

Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.

KUCUPAN DARI BELAKANG

Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

KUCUPAN LUTUT

Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.
 
CIUMAN DI HUJUNG KAKI

Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.
 
p/s : Artikel ni kredit kat : hazissac

TIPS LUPAKAN CINTA PERTAMA DEMI CINTA TERAKHIR

Views

Bertuah seorang lelaki jika dia cinta pertama wanita, namun lagi bertuah seorang wanita jika dia cinta terakhir lelaki…
                                                                        Namun ,
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

                                                              Monolog wanita :
Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta.
MANISNYA saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.

Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. “Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran” dan “Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini”. Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda?

Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya.

Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu?

minggu ini DOKTOR CINTA akan berkongsi tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

                                      

Anda bersedia melupakannya bila…

Menghapus kenangan bersama si dia

Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.

Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya. Jangan menyeksa diri

Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si dia punya pengganti

Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

Berhenti membandingkan

Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.

Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.

Kehidupan berbeza 

Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Cara terbaik melupakan si dia:

* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya

Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.

Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

* Rakan pendengar setia


Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

* Cipta fantasi

Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Rasional dalam berfikir, pasti ketemu jalan yang terbaik. Istikharah Cinta. Padanya memohon gambaran fantasi petunjuk kepada realiti.


p/s : Kredit kat : Diari hati

KENA TIPU DENGAN SINDIKET BUKA & MENANG???!!

Views



Buat semua yang akan membaca entry ini, diharap berhati2 dengan sindiket ini. Perkara ini adalah benar kerana terjadi sendiri pada kawan aku, HASNITA. Harap orang lain tidak akan tertipu dengan sindiket ini lagi~

lokasi : Ipoh, Perak
tarikh kejadian : 25/02/2012 (sabtu)
masa : dalam lingkungan 4.30 petang


Pada mulanya, ITA, xx dan xxx telah pergi ke Tesco, di Pengkalan Ipoh. Mereka disapa oleh seorang lelaki cina, JIMMY berumur lingkungan 18 -25 tahun ditempat meletak kereta tesco tersebut. Jimmy menarik perhatian mereka dengan mengatakan ada jualan murah di Jaya Jusco Ipoh iaitu barangan elektrik dengan diskaun 50-70%. Lantas, ITA dan xx telah diberikan kad kupon berwarna hijau untuk dibuka dan dalam kad itu mengandungi satu lagi kad kecil. Jimmy menerangkan kepada mereka kad kecil itu mengandungi hadiah lumayan toyota camry, toyota vios, motor virago, tilam 913 jade gold, hadiah pelancongan dan wang tunai beribu ringgit. 




xx dia buka dan tertulis perkataan “thank you”. ITA pula buka dan menang hadiah yang ditawarkan. Mula memang sumpah tak percaya. Tapi JIMMY membuat muka terkejut, dengan nafas tercungap2, mata terbeliak dan berlakon seolah2 ITA memang bertuah kerana dalam Malaysia, hanya 100 kad hadiah sahaja yang diedarkan. Yang lain, thank you aje. JIMMY menyakinkan mereka untuk membawanya ke pejabat yang terletak di sekitar Jaya Jusco dimana dia menghubungi bos dan memberi ITA bercakap dengan bosnya.
Dipejabat, bos dan JIMMY telah mendorong ITA dengan membuat pelbagai lakonan. Mereka memberitahu mereka sedang mengadakan promosi jualan gudang barangan Shinwa dan lain2 barangan elektrik. Untuk menang hadiah tersebut, ITA kena bayar cukai barangan bernilai rm6000 lebih. ITA pun fikir mungkin betul kena bayar cukai barangan sebab ITA baru aje habis exam Spa jawatan Penguasa Kastam..

Tapi, ITA cakap terus terang kat deorang ITA memang tak ada duit. JIMMY sendiri telah menawarkan dirinya membantu ITA bayar rm1000 untuk cukai tersebut. ITA pula bagi mereka wang tunai rm1000 sebagai bayaran hadiah yang akan dimenangi dan bakinya mereka menyuruh ITA membayar dalam masa 1 minggu. 


Kesemua nombor siri wang tunai tersebut ditulis ke atas sehelai kertas dan menurut bos Jimmy, dia akan faks kertas tersebut kepada kilang. Bos Jimmy cakap kalau tak menang kereta, dapat tilam Jade 913 Gold @ Motor Virago, deorang boleh tolong jualkan dan duit tu akan beri pada ITA. Tu yang membuatkan ITA yakin buat cabutan.

ITA pun buat cabutan dan menang hadiah tilam Jade 913 Gold. ITA tengok rupa tilam memang macam tilam murah..padahal deorang cakap kat ITA harganya rm23,000. Pas tu kat belakang ada tanda koyak2 (macam dah lama digunakan, diseret2) . satu resit pembayaran telah diberi kepada ITA. ITA tidak mahu tilam tersebut dan mereka berjanji akan menjual dalam masa 2 minggu dan menyerahkan duit jualan kepada ITA. Bosnya menangkap gambar mereka bersama hadiah tersebut.Deorang yakinkan ITA yang gambar itu akan masuk dalam surat khabar. ITA memang nasib baik jugak sebab bos bagi resit pembayaran.

Bosnya tunjukkan sikap baik hati dengan memberi ITA hadiah saguhati. Dia suruh ITA pilih nak pengurut kaki atau penapis air. ITA pilih penapis air sebab tengok saiz lebih besar dari pengurut kaki.

Sebaik sahaja ITA keluar dari premis tersebut. ITA tersedar yang dia telah ditipu. Syak timbul apabila ITA mengingatkan kembali segala taktik mereka dari awal hingga akhir (lakonan) , keadaan pejabat yang seperti baru pindah padahal mereka telah berniaga selama setahun, tiada telefon talian tetap (alasan mereka baru sahaja dipotong). 

ITA pun terus sahaja menuju ke ibu pejabat polis ipoh untuk membuat laporan.



mereka bersembunyi di sebalik perniagaan :

  • nama : LORENZO WESCOURT MARKETING (002101220-X) 
  • TERKINI NAMA PERNIAGAAN INI TELAH DITUKAR KEPADA : EKEA MICO MARKETING (002123387-P)
  • alamat dahulu : NO. 41A, 1ST FLOOR, MEDAN IPOH 1A, MEDAN IPOH BISTARI, 34000 IPOH PERAK.
  • ALAMAT TERKINI : NO 9A TINGKAT TAMAN IPOH 12,TAMAN IPOH SELATAN
  • nama pengurus (seperti dalam kad yang diberi) VIJAY : 010-5625203 / 011-1642470. 
  • TERKINI : NAMA VICKY DAN BEBERAPA LAGI NAMA SAMARAN PENIPU!
  • nama pekerja : jimmy 016-9455574
Yang paling ITA sakit hati, lepas aje selesai buat laporan dibalai polis, ITA kol bos dan JIMMY untuk berjumpa tapi cara percakapan mereka memang lain dengan percakapan ketika mereka memujuk ITA menyerahkan duit.

Hari isnin 27/02/2012, ITA terus buat laporan di KPDNKK cawangan Ipoh (Tribunal Tuntutan Pengguna) dan mereka berjanji akan menyiasat kes ni. 



Bos dan JIMMY pula tak habis2 mengganggu ITA dengan menelefon menyuruh ITA menjelaskan bayaran. ITA memang tak layan.Ada sekali aje angkat sebab ITA nak dengar kalau ada unsur ugutan, memang terus gi laporan. Tapi tak da pulak unsur2 tu..ayat deorang baik punya!! Yang penting, korang jangan takut, sebab mereka hanya sengaja menakut2 kan mangsa supaya menyerahkan baki wang.

Tips-tips Elak kamu di tipu :- 

1) Tiada barang beratus dan beribu ringgit yang diberi secara percuma ; 
2) Tawarkan hadiah yang tak masuk akal macam kereta, duit beribu2, barangan yang harganya mencecah ratusan ringgit 
3) Mereka hantar email, telefon ,sms, buka booth dimana2 pasaraya, berkeliaran disekitar tempat tumpuan orang awam (contoh :-stesen bas, pasaraya, hospital, tempat letak kereta) ; 
4) Menyuruh anda gores & Menang, buka dan Menang, beli dan menang dan lain2 kupon2, sampul surat 
5) Kena bayar dahulu duit pendahuluan barang, cukai barangan, deposit barang 
6) Kononnya sanggup membantu anda membayar sedikit duit

Perkara yang perlu dilakukan bila terkena TIPU dengan sindiket ini :- 
1) Bila buat bayaran, dapatkan resit bayaran daripada mereka (bukti di mahkamah pengguna/mahkamah sivil)
2) Terus buat laporan polis dibalai polis (kalau boleh, biar balai polis berhampiran dengan pejabat sindiket tu) 
3) Buat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk mendapatkan duit semula dari sindiket (Pegawai akan cuba berbincang dengan Sindiket untuk pulangkan duit. Jika mereka berkeras tak nak bagi, tindakan mahkamah akan diambil) dan untuk pegawai menyiasat sindiket ini. Ini telefon TTPM tu :- 05-2414611 (cawangan Ipoh). Bagi yang lain, korang boleh aje google no. telefon TTPM cawangan masing2. Atau Klik SINI untuk lihat semua alamat TTPM di seluruh negeri.

 

4) Bila mereka telefon untuk tujuan mendapatkan baki bayaran tu, jawab sekali sahaja. Tapi jangan cakap lebih2..sebab nanti mereka akan hilangkan diri (dengan cara pindah tempat lain. perniagaan penipuan ini tetap berjalan seperti biasa). Kalau ada unsur2 ugutan, terus buat laporan polis.
  
5) Cerita pada orang lain yang anda turut menjadi mangsa sindiket. Jika malu, ceritakan seolah-olah kawan anda yang kena tipu..supaya orang lain tidak terkena menjadi mangsa sindiket ini.

Ini adalah antara bidang kuasa TTPM untuk mendapatkan kembali duit anda :-

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :

a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta;

b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;

c) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa barang atau perkhidmatan yang baginya tidak ada mekanisme tebus rugi diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang lain.

Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.
*******Mana-mana pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut gantirugi bagi kerugian yang ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan beliau sebagai pengguna di bawah akta yang berbangkit daripada :-
a. Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu :-
i. perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti;
ii. gambaran yang mengelirukan mengenai harga;
iii. tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya;
iv. tuntutan-tuntutan lain yang mengelirukan seperti -  
1) selagi stok masih ada;
2) barang-barang adalah terhad; dan sebagainya.
v. menerima bayaran tanpa niat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan;
vi. kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar berterusan.

Yang aku highlight dan gariskan kat bawah tu, mungkin berkaitan dengan sindiket ini. Mereka tidak berniat menyediakan barangan hadiah yang akan dimenangi seperti Kereta, Hadiah Wang Tunai pelancongan dan sebagainya. Sebaliknya hanya berniat memperdayakan/menipu anda seolah2 anda akan menang kereta itu padahal hadiah yang akan diberi kepada anda hanyalah tilam.

info : Walaupun anda menandatangani perjanjian dengan rela, namun kerelaan itu tidak sah kerana wujud unsur penipuan / fraud / perdayaan dari mula lagi dari pihak sindiket (tiada kereta n barang mewah lain kecuali tilam sahaja hadiahnya). 

TIPUAN/ FRAUD
bermaksud satu pihak telah dengan niat menipu fakta kontrak kepada pihak yang satu lagi supaya pihak itu memasuki kontrak dengannya. kontrak menjadi boleh batal atas pilihan (option) pihak yang mendakwa dirinya ditipu.

Lihat Seksyen 10 Akta Kontrak 1950 : "semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak".

 Seksyen 14 : " kerelaan adalah dikatakan bebas apabila tidak disebabkan oleh pengaruh negatif seperti :-
  1. paksaan 
  2. Pengaruh tidak berpatutan
  3. tipuan
  4. salahnyata
  5. khilaf

Seksyen 17 Akta KOntrak " tipuan atau fraud termasuklah yang dilakukan oleh sesuatu pihak yang membuat kontrak (atau ejennya) dengan niat untuk memperdayakan orang lain untuk membuat kontrak.
-selain itu, seksyen 17 menghuraikan lima jenis perbuatan yang boleh tergolong dalam tipuan.
a) menyarankan kepada seseorang itu sesuatu fakta yang tidak benar
b) bersungguh-sungguh menyembunyikan sesuatu fakta
c) berjanji tanpa sebarang niat menepatinya
d) perbuatan yang bertujuan untuk memperdayakan seseorang
e) mana-mana perbuatan yang dianggap oleh undang-undang sebagai tipuan.

Jika memang benar pihak TTPM tiada bidang kuasa seperti dalam gambar2 dibawah, PIhak polis seharusnya mengambil tindakan dan tidak menyerahkan bulat2 kepada TTPM untuk diselesaikan kerana ianya adalah "commercial crime". (Gambar merupakan perbualan antara individu X dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob- Menteri KDPNKK Malaysia). Kerjasama membawa berkat!






  
Dibawah Seksyen 420 Kanun keseksaan, pihak polis boleh mengambil tindakan menangkap penipu ini :-

"Barangsiapa menipu dan dengan jalan demikian itu mendorong dengan curangnya  orang yang terpedaya itu sama ada atau tidak penipuan yang dipraktikkan adalah satu-satunya dorongan atau dorongan utama supaya menyerahkan apa2 harta kepada mana-mana orang, atau supaya membuat, mengubah, atau membinasakan kesemua atau apa-apa bahagian sesuatu cagaran berharga, atau apa-apa yang bertandatangan atau bermeterai, dan yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan dengan sebatan, dan boleh dikenakan denda"


Berikut merupakan beberapa keratan akhbar mengenai bidangkuasa polis :-




 kesimpulannya :-

Berhati2 lah sebelum anda kena tipu. Lepas TTPM bincang dengan sindiket tu dan sindiket tu nak pulangkan 100% atau 50% duit memang nasib baik la..kalau tak, kes ini akan dibawa ke Mahkamah. Pada mula, jika ragu2, terus sahaja pergi dari tempat itu tanpa berfikir panjang. Insyallah ITA mungkin selepas ini dapat mengenalpasti penipuan ini sekaligus mengelakkan kerugian beribu2 ringgit. Walaubagaimanapun, ITA akan bersungguh2 sehingga mendapat kembali wang yang ditipu!!  

Pohon kerjasama kedua-dua pihak berkuasa KPDNKK dan polis untuk membanteras jenayah yang berleluasa di Ipoh ini.

Info : selepas beberapa minggu artikel ini disiarkan, terdapat beberapa pihak menghubungi admin kerana mereka juga telah ditipu oleh sindiket yang sama dengan kerugian bernilai sekitar RM2000 sehingga RM8000. 


Disclaimer : Artikel ini ditulis hanya bertujuan memberikan langkah berjaga2 kepada semua pengguna agar tidak menjadi mangsa sindiket ini.

terima kasih. 

TERKINI : SINDIKET INI TELAH MENUKAR TAKTIK PENIPUAN MEREKA. BACA KOMEN INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT :-




BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012