Click here for Myspace Layouts

20 Sebab Perempuan Membenci Seseorang Lelaki

Views
Ia mungkin benar dan ia juga mungkin tidak benar.Apa yang penting,kita tahu apa yang boleh membuatkan perempuan itu membenci kita.

1. MENINGGIKAN SUARA
2. MAIN KAYU TIGA
3. SUKA ‘CUCI MATA’
4. MENGONGKONG
5. EGO
6. MENIPU
7. PERASAN
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
10. CEMBURU BUTA
11. MATA DUITAN
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
13. PANAS BARAN
14. KAKI MEROKOK
15. PENGOTOR
16. GELOJOH
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
19. PUTAR BELIT
20. SUKA KONTROL MACHO

so, hati2 ye lelaki semua.

21 PERKARA LELAKI MENYENANGI WANITA

Views
21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu
dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda

LUAHAN HATI #SEANDAINYA

Views
 
 





 

LUAHAN HATI #10

Views
 
Sekebun cinta telah berbunga
secabang kasih telah terasa
sesejuk embun pagi yg menetes dan mengalir
membasahi rerumputan..

seindah pelangi yg melukis langit kala bumi
sejuk dengan air hujan..
begitulah umpama kata-2mu padaku..

dulu kau sangat memikatku dngan kata2 indah
yg selalu kau ucapkan padaku
dan dengan janji manis yg kau luakan padaku..

namun kenapa saat aku terbuai
dngn semua yg kau berikan
engkau merampas dariku dlm sekejap mata
kau membuatku terbakar oleh api cinta
dan kau hancurkan bangunan
cinta yg aku bangun dngn susah payah

DEMI TUHAN
sungguh diri ini dahulu sangatlah berharga
sungguh air mata ini sangatlah mahal untuk
aku teteskan pada seorang kekasih

tapi kenapa di saat ini air mataku tak henti-2nya menetes
saat ku ingat akan kecurangan dirimu
kenapa air mata ini sangatlah murah kepadamu

kau memberikan cinta yg palsu padaku
yg aku anggap adalah cinta yg keluar dari lubuk hatimu..
tapi ternyata cinta itu hanya kau jadikan
sarana untuk mendapatkan dia..

bodohnya diriku
mengenggam erat cinta itu
dalam hatiku
APA PERNAH AKU MENYAKITIMU..

KASIH
jangankan aku berniat untuk menyakiti hatimu..
sehelai rambutmupun tak pernah aku lukai..

kini di saat kau sudah bersamanya
aku hanya bisa memandangi kecurangan
warna bunga impianku
MENYESALPUN TIADA GUNA LAGI..

aku tak mungkin memilikimu
karna aku di anggap menyusahkan
untuk meraih impianmu
siapakah diriku..??

aku sadar diri ini anak orang tak punya
yg mengharapkan cinta dari anak seorang raja
kau bagaikan merpati yg bisa terbang
sesuka hatimu...

sedangkan aku..??
bagaikan siput yg berjalan satu langkah saja
harus susah payah untuk menjalaninya..

aku yg selalu di landa gelap dan sunyi
yg hanya bisa tersenyum kala terbit sang mentari
aku sadari semua.

tapi biarlah
biarlah penyesalan ini yg selalu aku kenang
tampa kau curangipun aku akan melepasmu
karena itu memang pilihanmu..

biarlah ini menjadi suatu pelajaran
bagi insan yg tak punya ini
agar tak mengharap lagi di cintai oleh
seorang kekasih sepertimu..
meski dalam lubuk hati yg terdalam
mengadu pada tuhan

aku juga ingin TUHAN
aku berhak mendapatkan
yg seperti dia
yg tampa melihat kekurangan dan kelebihanku..

LUAHAN HATI #9

Views
 
 
 
 Sayangku
seandainya hari ini
hari terakhir buatku
Izinkan aku menantap wajahmu..
berikan aku seukir senyum manismu
agar aku dapat bernafas
menciumu harum wewangian itu
yg menusuk ronggaku..

Sesungguhnya hati ini senang
saat bersama denganmu
ketika bergelak ketawa denganmu,
aku bahagia...
Apabila menangis denganmu,
aku jg ikut bahagia...

Hati ini bertrimakasih
karena kau sudi berkongsi dalam rasa ini..
dan membuka pintu hatimu buatku
meskipun kau tahu siapa aku..

Sayangku
hadirmu mengubah segalanya,
memori lukaku terhapus semuanya..
Apa yg ada..
cuma rasa cintaku padamu
dan aku juga tau engkau juga begitu..

Sayangku
biarpun bahagia ini cuma sementara,
ku harap engkau merelakannya...
Sayangku
aku tidak bisa lama lagi,pandanganku ini berat sekali..
sekiranya jatuh kelopak ini,
maka carilah pengganti...
agar kau gembira lagi
biar kau tidak berpatah hati
karena aku tidak dapat bersama denganmu
meminta dan mencari cinta
menyimpul dan memahat rindu..

sayangku
selepas aku pergi,
aku yakin kau akan dapat melihat alam ini.
Takdir ILAHI telah memanggil kembali..
terimalah mata ini biarpun
wajahmu tidak pernah ditatap olehmu
yg selama ini hidup bersamaku.

LUAHAN HATI #8

Views

UNTUKMU ♥ YANG ♥ TERSAYANG ♥ DAN ♥ TERCINTA

sayangku kau hadir dengan senyuman..hadir
membawa sejuta harapan..membuat
hidupku tiada kesunyian..dalam melayari
bahtera kehidupan..

datanglah kepadaku..bisikan
kerinduanmu..kan ku hiasi hidupmu
dengan belaian manjaku..agar kau
sadari hebatnya cintaku..

senyumu indah
membelai kalbu..jiwa terpaku
saat melihatmu..yg pasti
cinta ini bertamu ..bernafas
dalam dekapan cintamu

kasihmu seharum bunga..jiwamu
selembut sutra..sepi tatkala
sendiri terubat jua..walau hidup
dulunya derita..

sayang.. aku berjanji..akan
ku jaga senyumanmu
supaya selamanya kekal
di bibirmu..tak akan
kemanisan irasmu..

segala mudah janjimu eratku
pegang..janganlah sekali benarkan
cintaku kecundangan..merenung
bayangmu sekilas pandang..

cintaku terhadapmu jujur dan
ikhlas..segala janjiku pastiku
kotakan..kasih sayang yang tersulam bukan
mainan..tapi menjadi bukti percintaan

setiaku sekuntum mawar
merah..tangkainya adalah cintaku..dan
kelopaknya adalah nyawaku..
seandainya kelopaknya gugur ke bumi..
tangakai masih utuh tak akan berganti..

sejauh manapun jasadmu
pergi..kan ku kembara menyusur
duri..biar nyawa sebagai
pengganti..asalkan cinta kekal di hati..

sayangku yakinlah dengan
cintaku..pastilah dengan
kejujuranku..tidak pernah sekali
ku menghianati..karena cintaku cinta mati..

kasih sayangku terbit dari
mentari..mengintai sejenak rindu yang
menanti..cinta tulusku lahir dari
hati..kekal selamanya terus berdiri.

dirimu kerdipan bintang
di angkasa..membiaskan
cahaya di pelusuk jiwa..cinta
derita dulu bertapa..kini
terang terpancar bahagia..

sayang..kan ku simpan
semua kenangan..biar sepi
ada berteman..cinta sejati
pasti perpanjangan..bila
setia jadi pegangan.

kata2ku ini bukan
mainan..semuanya bertandang di saat
kerinduan..tak akan kubiar dirimu
kesunyian..meniti titian dalam menuju
IMPIAN..

Dalam kejujuran tersirat..dalam
pertemuan pastinya ada perpisahan..dan
dalam cinta kan timbul kebahagiaan..

YAKIN LAH DENGAN PERCINTAAN..tidak
semua cinta di sapa penderita..tidak
semuanya hanya kemungkinan..setialah
dalam perhubungan..segala
derita pasti berteman kebahagiaan..

INSYA'ALLAH..

untukmu sayang

LUAHAN HATI #7

Views

aku membuat kata2 ini
karena aku mencintaimu..

langit malam ini begitu cengeng..
ini tempat yg salah berpikir
TENTANGMU..ini waktu yg salah
untuk seseorang YANG BARU..

ini adalah rasa yg paling BURUK..
Aku selalu ingat.. ketika kamu
mencintaiku dengan TULUS..
tapi aku menyakitimu dan
membiarkanmu PERGI..

itu adalah kesalahan TERBURUK
yg pernah aku lakukan..
Aku tahu..
hati yang luka tak pernah
bisa benar-benar sembuh.

dalam suatu kesempatan kita
menjadi sahabat baik.
itu karena aku tak mampu
UCAPKAN
selamat tinggal..

sepanjang waktu ini aku selalu
merasa SENDIRIAN..
aku sering berjalan di tengah hujan
karena tidak akan ada yang tahu
aku sedang menangis..

seandainya aku bisa menyimpan semua
AIR MATAKU..
maka..
akan kupakai
untuk BER DO'A.
dan berharap kamu kembali..

aku tahu..
lucu jika seseorang
yang bisa menyakitimu
tapi..
kamu masih mencintainya
dengan sisa potongan hatimu..

tapi aku akan berusaha
meskipun itu terlihat tak ada GUNANYA..

aku tidak akan menyerah..

I MISS YOU..

LUAHAN HATI #6

Views

Aku tak tahu
pesona apa yg ada dalam dirimu
yg membuatku jadi seperti ini
aku tak kuat
aku tak bisa bila tak mendengar suaramu
sehari bahkan seminggu
aku tak bisa menahan resah rindu
walau dengan foto,aku bisa terhibur
aku bisa melihat kehidupan yg abadi
ku berharap kau pun begitu kepadaku
untuk selalu mencintai dan menyayangiku
biarpun kau jauh
tapi aku akan tetap selalu menunggumu

..senyummu..
masih terlihat di mataku
senyum bahagia yg termanis
dan bibir yg tak ku kenal
meski hanya beberapa saat
namun senyum itu begitu berarti
..senyumu..
membawa sejuta kebahagiaan
memberi seribu tanya ?????
apa arti sebuah senyuman itu
hingga detik ini..
aku tak pernah tau jawabannya.

Di keheningan hari ini
aku merenung seorang diri
di tempat kerinduanku aku berfikir
betapa jauhnya engkau dariku.
Kini aku sadar bahwa
engkau sangat berarti bagiku
rasa rinduku menyiksa batinku.
Aku hanya bisa mendengar suaramu
tanpa bisa memandangmu
betapa ingin aku bertemu denganmu
tapi kau begitu jauh dariku
takkan pernah aku buang dalam hatiku

Akan ku ukir namamu dalam hatiku
bahwa aku sangat menyayangimu..

Trimakasih..
untuk nafas kegelisahan yg kau hadirkan
untuk getar rindu yg kau tiupkan
untuk sebuah mimpi yg kau ciptakan
Trimakasihku tentangmu..
yg selalu menggangu hari-hariku
dan setiap detik kehidupanku
Tentangmu
yg bembuat terpasung
dalam getaran rindu yg tanpa henti..

LUAHAN HATI #5

Views
ya ALLAH

berikanlah aku satu ke percayaan lagi
maka aku akan pegang amanah itu
sampaikan nafasku bila ku tak berhembus lagi
agar kau dapat membukanya
dan menemukan kembali
cintaku yang telah pergi..

ya ALLAH
tunjukan padaku sekali lagi..
dimana letak pintu kebahagiaan itu..
berilah aku satu harapan lagi
agar hidupku ini berjalan penuh arti..

ya ALLAH
datangkanlah kembali
cintaku yang telah pergi..
supaya bisa kutunjukan pada dirinya
betapa aku sangat membutuhkannya dan
sangat memujanya..

dan jika kau perkenalkan ya ALLAH
berilah aku satu nafas lagi
yang akan kujadikan roh ke dua
bagi orang yang aku cintai
sampai detak jantungku berakhir..

LUAHAN HATI #4

Views
  
♥Sayang♥
andai saat ini ILLAHI memanggilku..
kuharap engkau tabah menghadapi,detik2 dan liku hidup ini..
karena aku tak mungkin lagi berada disisimu...
Aku tak lagi dapat mengusap wajahmu itu..
tak mungkin aku mampu lagi menggapai tanganmu.

♥Sayang♥
andai saat ini..
saat terakhir di sisimu..
izinkan aku menatap tiap lirik wajahmu..
agar kau tak kan mudah melupakanku..
dan tak mudah kau usir rindu yg bertanding saat ini..
biar ia menjadi sejarah yg tak mungkin kau lupakan..

♥Sayang♥
andai masa sudah mengakhiri..
andai saat yg dinanti sudah tiba di hati ..
ku harap kau rela membiarkan pergi..
ku harap kau cucuri rahmat dari ILLAHI..
senantiasa bahagia dan hidup ceria..
aku akan melihat kau dari jauh..
jangan lupakan aku biarpun kau sudah berpengganti..
ulurkan do'a mu padaku tiap malam...
agar aku bisa mendengarmu lagi..
suara merdumu..
hadiahkan baca'an yasin dan do'a..
setiap kali kau akhiri tuntunan'mu
sayang..
 
 

LUAHAN HATI #3

Views
 
 Kenanglah Aku

saat ku hiasi cintaku dengan sebuah rindu
ku ingin kau menyentuh hatiku ku ingin
kau ucapkan satu kata indah untukku bahwa kau tak pernah melupakanku..

saat ku hiasi cintaku dengan sentuhan
senyumanmu ku ingin kau ukir cinta di hatimu ku ingin segala tentang kejujuranku
kau jadikan sebuah bintang yang indah yang kan selalu
menerangi langit hatimu..

jika telah habis waktuku untuk berlayar
di lautan hatimu maka kenanglah aKU yang pernah
warnai dermaga hatimu dengan sebuah perahu cintaku
& jika telah habis waktukku tuk jadi embun di hatimu maka kenanglah aKU
yang pernah sejukan hatimu dengan sebuah rinaian kesetianku

jika kesedihanku adalah kebahagianmu
maka maafkanlah aKU yang terlalu menyayangimu
biyarkanlah kesendirianku menjadi satu gambaran yang pilu dalam hidupmu
tapi mungkin telah puas dirimu untuk tahu bahawa
memang indah cintaku kerana selalu ku hiasi dengan sebuah namamu..
 
 
 

LUAHAN HATI #2

Views
 
 
 
Surat Cinta ...
  untuk: yg tersayang

Andaikan aku dapat mengungkapkan gejolak rasa di hatiku
Akan kubisikkan kata-kata indah untukmu
Namun di saat bayang-bayang keraguan itu slalu men
ghampiri untuk ku mengatakannya
Melalui surat cinta ini kan ku luahkan perasaan yang selama ini menggangguku...

Sejak pertama melihatmu ada perasaan tertarik dan terpesona
Kulihat pandangan pertama begitu indahnya dirimu
Hingga tumbuh perasaan di hatiku
Disaat kuberanikan tuk meluapkan perasaan di hati
Melalui surat cinta ini, aku nyatakan aku mencintaimu...

Walau di matamu aku bukanlah siapa-siapa
Bukan teman, bukan sahabat, bukan orang yang engkau kenali
Bahkan juga mungkin bukan orang yang menjadi dambaan di hatimu
Lewat surat cinta aku mencoba singgah sejenak dalam istana cintamu
Walau hanya sedetik dan akan pamit bila tiada balasan surat cinta darimu untukku...

Memang sulit untukku berharap banyak
Agar bisa menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu
Karna itu permintaan yang teramat besar bagiku
Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku
Kau akan tersenyum dan berkata "dia selalu menyayangiku"...

LUAHAN HATI #1

Views
 
Tahukah kamu, dulu saya pernah menyayangi kamu sepenuh hati saya.
Hanya tuhan yang tahu bagaimana saya dengan sungguh-sungguh mencintai kamu, memang saya tidak selalu ada untuk kamu tapi apapun yang bisa saya lakukan untuk kamu, saya berusaha untuk mewujudkannya, ketika kamu butuh saya...

meskipun saya datang terlambat tapi saya akan datang, ketika kamu sakit pun saya berusaha datang'meskipun kamu jauh...
itu semua untuk kamu, bukan untuk orang lain, bukan untuk
tetangga, bukan untuk pak RT bukan untuk siapa-siapa tapi saya lakukan cuma untuk kamu...

Apakah saya selalu mengeluh kamu jauh?
Apakah saya selalu mengeluh kalau kamu tidak perduli kepada saya?
Apakah saya selalu ingin kamu ada saat saya memerlukanmu?
Saya sangat memahami kamu tapi kenapa kamu tidak memahami saya...

Tahukah kamu kini saya terluka...
Tolong fahami dan rasakan betapa saya tidak ingin bertemu kamu lagi...
Tidak ada satupun yang mungkin bisa terima kamu seperti saya...
Silakan kamu buktikan, apakah ada orang seperti saya yang bisa memahami kamu sepenuhnya...

Saya harap ada. Saya berusaha medoakan yang terbaik untuk kamu dan saya juga selalu berdoa kepada Tuhan agar tidak dipertemukan lagi dengan kamu...
Tolong jangan pernah mencari atau mencoba menghubungi saya lagi karena saya pun tidak ada sedikitpun keinginan untuk mencari tahu semua tentang kamu...

Saya sudah tidak peduli lagi. Jangan pernah muncul di hadapan saya lagi kerana saya tidak ada sedikitpun rasa ingin bertemu lagi. ..Dan satu hal ,jangan pernah berfikir saya akan merindukanmu, saya tidak akan melakukan hal bodoh itu.

10++ HADIAH TERBAIK UNTUK LELAKI

Views

Sudah namanya lelaki, kadang kala sukar bagi wanita memahami peribadi dan perlakuan golongan berlawanan spesies dan jantina ini.

Saban hari, ada saja isu berkaitan lelaki dibangkitkan. Soal gaya, cita rasa dan keinginan lelaki sering menjadi topik perbualan wanita termasuk mereka yang sudah lama hidup berumah tangga dan berkongsi segala-galanya dengan lelaki.
Sifat dan keinginan lelaki yang sukar dijangka kadang kala merumitkan lagi usaha berdamping dengan golongan Adam ini.

Meniti senarai perkara mengenai lelaki yang sukar dimengertikan, isu mencari hadiah untuk jejaka misalnya, boleh mencetuskan kebuntuan setiap kali tibanya hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau detik istimewa yang mahu dikongsi bersama lelaki.


Andai wanita jatuh cinta dengan barangan yang mahu dihadiahkan kepada teman lelaki, belum tentu si jejaka yang berjiwa kompleks gembira menerima pemberian itu. Silap hadiah, timbul pula perselisihan dek si dia berkecil hati andai hadiah yang diberi tidak begitu digemari kerana tidak memenuhi kehendak jiwa teman lelaki.

Dalam hal ini, tidak semestinya hadiah yang diberi berharga mahal atau produk berjenama mewah. Sebaliknya, apa yang lebih penting, lelaki merasa puas dan gembira dengan hadiah yang diberi sekalipun sekadar kemeja T murah.
Sehubungan itu, dalam melerai kekusutan mencari hadiah untuk jejaka idaman, wanita disaran mengkaji terlebih dahulu peribadi si dia termasuk tingkah laku, minat dan hobi lelaki. Dengan mendasari peribadi dan minat lelaki, tidak sukar wanita memilih hadiah terbaik untuk diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.

Mengulas soal hadiah sesuai untuk lelaki, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din berkata, tidak kira lelaki atau wanita, faktor kriteria serta bajet perlu diambilkira dalam memilih hadiah sesuai.
Dr Mohd Fadzil berkata, secara psikologi lelaki tidak terlalu mengambil peduli soal jenis atau bentuk hadiah kerana bagi mereka, aspek hati dan niat pemberi lebih diutamakan.

“Berbanding wanita, bentuk hadiah kepada lelaki lebih menjurus kepada hubungan fizikal dan kaitan perhubungan yang terjalin. Ini sama ada membabitkan rakan sosial, teman emosional mahupun sebagai teman intim.

“Ini dapat dilihat daripada bentuk hadiah yang diterima lelaki daripada kumpulan rakan-rakannya dengan mengambil kira kesesuaian kriteria hadiah serta bajet yang mengikut kemampuan,” katanya kepada XY – Ikon Lelaki.

Ditanya apakah erti hadiah yang diterima dalam konteks jantina lelaki dan wanita, Dr Mohd Fadzil berkata, hadiah bagi lelaki lebih bersifat faktor luaran atau tersurat kerana setiap hadiah diterima dengan hati terbuka.

“Wanita pula mempunyai sifat yang lebih tersirat. Bagi wanita, bukan soal jenis hadiah yang perlu sempurna sebaliknya setiap bentuk dan warna dalam hadiah yang diberi mempunyai erti besar dalam pemikiran dan naluri diri wanita.
“Nampak sedikit cerewet tetapi wanita lebih beremosi dan cukup mengambil berat soal hadiah dalam apa juga keadaan,” katanya.

Mengenai hadiah yang sesuai buat si jejaka, Dr Mohd Fadzil berkata, adalah penting untuk wanita mengkaji sifat serta karektor lelaki bagi menentukan konsep hadiah sesuai untuk si dia.

Sebagai contoh, katanya, wanita boleh menentukan asas warna, bentuk dan fungsi hadiah yang difikirkan sesuai buat lelaki.

“Biasanya lelaki kurang cerewet dalam soal hadiah yang diperoleh kerana percaya kepada tanda ingatan dan niat si pemberi hadiah.

“Wanita pula seharusnya bijak memilih hadiah sesuai serta memastikan ia mewakili nilai hubungan antara lelaki dan wanita… Barulah pemberian itu bermakna antara dua pihak.” katanya.

Melalui pemilihan hadiah yang tepat, wanita bukan saja memahami cita rasa dan minat sebenar lelaki, malah lelaki dan wanita dapat membentuk perhubungan ideal.

Biarpun hadiah menjadi tanda keikhlasan pemberi, nilai sentimental serta bentuk yang cuba dipersembahkan dalam hadiah memiliki pengertian lebih besar ertinya bagi lelaki. Ini terutamanya jika hadiah yang diberikan menjadi idaman lelaki sekian lama.

Mungkin selain kemeja, kasut, set minyak wangi dan jam tangan, barangan lain yang memenuhi karektor lelaki boleh dijadikan idea hadiah yang baru dan segar.
Siapa sangka, hadiah unik seperti sport rim, jersi bola sepak edisi terhad mahupun tiket Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 di Sepang boleh menggembirakan si dia. Bukan sahaja mencipta kejutan, hadiah istimewa itu pasti mengeratkan lagi hubungan intim anda berdua!

Hadiah idaman lelaki:

10 hadiah istimewa yang mungkin mewakili karektor dan hobi lelaki moden. Perhatikan, tiada minyak wangi, kemeja atau dompet yang seolah-olah menjadi ‘hadiah wajib’ buat lelaki.

Anda mencari-cari hadiah terbaik untuk teman lelaki? Tip ini mungkin ada jawapannya…


1. Jersi bola sepak
Jika teman lelaki fanatik bola sepak, pancing hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kelab pujaannya. Lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan merangkumi edisi terhad yang sukar diperoleh di pasaran. Tapi kalau tak cukup budjet, boleh je beli Jersi tiruan. Asalkan kita ikhlas memberi..Tunggu apa lagi?


2. Telefon
Ikuti trend semasa, tidak salah untuk menghadiahkan telefon berteknologi seperti iPhone buat jejaka istimewa. Andai si dia tidak lokek membelikan anda barangan mewah, apa kata balas budinya dengan telefon pintar ini.


3. Monitor LCD kereta
Buat sedikit kejutan dengan menghadiahkan gajet berupa monitor LCD kereta. Bukan untuk dirinya saja, anda juga boleh menikmati hiburan dalam kereta bersama.


4. Sport rim
Masih lagi berkisar soal kenderaan. Sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin cukup untuk menambat hati si dia!


5. Tiket perlumbaan F1 Sepang
Andai masih tercari-cari hadiah berbeza untuk si dia, apa kata beli saja tiket perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 yang dijangka berlangsung di Litar Sepang pada 2 hingga 4 April ini. oppsss! sekarang dah habis..


6. Permainan video
Seolah keanak-anakan, majoriti lelaki sukakan permainan video. Daripada permainan video Sony PS1 hingga kepada model PSP terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang.

7.MP3
Fenomena muzik tiada batasan. Begitu jugalah dengan teknologi muat turut lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa buat orang tersayang. Bukan sekadar memberikan gajet muzik, lebih bermakna jika anda memuatkan sekali lagu kegemaran si dia tanda cinta!


8. Kasut futsal
Perlu bagi seorang wanita ‘mencintai’ apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut futsal berjenama boleh menjadi hadiah paling sesuai! Ia juga membuktikan anda memberi sokongan moral terhadap hobinya itu.

9. Set mengurut elektronik
Di pasaran, banyak peralatan mengurut elektronik diperkenalkan seperti set urut tapak kaki, pinggang dan bahu pada berpatutan. Kasihan melihat si dia keletihan selepas seharian bekerja, apa kita sambut kepulangannya dengan set mengurut ini?

10. Kejutan majlis hari jadi
Aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh memberikan kejutan terbesar dalam hidup. Siapa sangka, kejutan itu menambahkan lagi kemesraan anda berdua.

Tambahan Hadiah Budjet 

11. Jam Tangan

12. Set Tali Pinggang + Dompet

13.  Topi/ Baju Kemeja / Baju Tshirt Couple

14. Kasut Jalan (untuk keluar ke pekan)

15. Keychain Nama / Keychain yang boleh di pisah dua - satu korang ambil, satu bagi pada teman lelaki
 

p/s : Kalau korang setuju, tinggalkan komen kat bawah oke~ sesiapa kat sini lelaki, sila tambah hadiah apa yang korang nak sebagai panduan bagi perempuan mencari hadiah anda! tq so much :)
 

SIAPA LEBIH CURANG?? B VS G

Views


Soalan kontroversi cinta untuk anda hari ini adalah,“Siapakah yang lebih curang,lelaki atau wanita?”

Saya tidak mahu berpihak kepada mana-mana samada bagi pihak lelaki atau wanita dan apa yang akan saya katakan ini berdasarkan situasi sebenar cinta masa kini.

Kalau dilihat definisi curang ini adalah sesuatu unsur yang negatif dalam sesebuah percintaan.Yang dipercayai antara faktor utama yang membawa kepada perpisahan dan termasuklah perceraian!

Mari kita lihat sifat lelaki dan wanita itu sendiri!

wanita tidak dinafikan mempunyai kemampuan untuk setia kepada pasanganya.Sebab itulah sifat semulajadi wanita,bagi lelaki pula selalunya dikaitkan dengan kecurangan.Tanggapan ini adalah tidak benar sebabnya sudah menjadi sifat lelaki untuk suka mempunyai ramai kawan.Ini kerana apabila lelaki mempunyai ramai kawan mereka akan merasa bangga(jenis positif).

Di atas tadi merupakan sifat sebenar lelaki dan wanita dalam bentuk yang positif.Namun di dalam dunia bukan semua orang baik ada juga yang tidak baik dan sampai tahap jahat pun ada!

 Oleh itu,sekiranya anda mencari teman lelaki atau wanita anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini.Sebabnya mereka ini mempunyai kecenderungan untuk mempermain-mainkan perasaan,hati dan jiwa anda.

Mengapa mereka tergamak melakukan sedemikian?Ya,ini dapat dilihat secara psychology cinta di mana konsep “Love Revenge” diaplikasikan oleh mereka.Mereka yang menghidap “penyakit” psychology cinta ini gemar menyakitkan hati pasangan mereka dengan curang untuk mendapat perhatian sebab mereka pernah dilukakan dahulu.


Oleh itu,jangan hairan sekiranya anda ditinggalkan begitu saja sebab sudah menjadi rutin harian mereka untuk “curang”.Bak kata orang,“Kalau tidak curang tidak sah atau hati tidak senang”.

Kredit Kat : kuasamotivasi

COMELNYA DOODLE PART 2

Views
 
 
 
APA KHABAR SEMUA~

Arini DOKTOR CINTA nak join contest yang dibuat oleh Fizzgraphic. Sangat Comel Doodle die..DOKTOR CINTA punya gambar official ni pun pkai Mr. Fizz punya rekaan. Lihat kat SINI untuk Kredit pada beliau.

Korang pun JOm lah join. Tak rugi pun. Baca syarat2 penyertaan kat LINK ini. Senang aje.. Tak payah buat bayaran apa-apa pun. Hadiahnya : nak tahu klik la kat LINK ini lagi sekali ye..
 
Papepun, DOKTOR CINTA tak taw cam ne nak amik Banner tu..Just save dan upload. Sorry ye Mr. Fizz. 
 
DOKTOR CINTA nak tag dekat :-
1) Emilia Collections Lens Sale
2) Jendela Hati

TANDA KEKASIH CURANG

Views


PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:
 



  • Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.





  • Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

    Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.



  • Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.





  • Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.

    Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.



  • Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.





  • Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

    Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda 

    Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.

    Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

    Membelek Telefon Bimbit

    Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

    Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. 

    Alasan Sibuk

    Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. 

    Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. 

    Tidak lagi rajin menelefon anda

    Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

    Kredit Kat : cintadearhaniey

    TIPS MEMAHAMI SIKAP LELAKI

    Views

    Bayangkan senario ini. Pada satu hujung minggu yang indah, Jasmin dan Daniel bercadang untuk menonton wayang di pawagam berhampiran dengan kediaman mereka.

    Pasangan kekasih yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja itu hanya berpeluang bersama ketika hujung minggu sambil pergi menonton wayang, berekreasi ataupun menikmati makanan di restoran kegemaran.

    Seperti biasa, semasa menunggu giliran membeli tiket tiba-tiba mereka terserempak dengan Nadia, rakan pejabat Jasmin yang juga merupakan seorang model sambilan. Perwatakan cantik dan anggun Nadia itu tanpa disedari menarik perhatian Daniel.

     
    “Kenapa asyik pandang Nadia? Awak rasa dia cantik?,” persoal Jasmin.
    “Saya rasa kawan awak itu cantik,” jawab Daniel dengan ikhlas tanpa berselindung apa-apa. Namun, kata-kata Daniel itu mula mengundang masalah dalam perhubungan antara pasangan itu sebab Jasmin berasa kekasih mula tertarik dengan wanita lain.

    Situasi seumpama itu hakikatnya sering berlaku dalam mana-mana perhubungan pasangan kekasih ataupun suami isteri.

    Mungkin anda juga pernah mengalaminya. Dalam situasi tersebut, luahan ikhlas Daniel kepada Jasmin sebenarnya untuk memudahkan kefahaman bukan merumitkan lagi perhubungan.

    Menurut Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika Syarikat, Glenn Good, lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan.

    Kadangkala majoriti wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik.

    Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu Pesona memberi tip untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.

    Suka membisu

    Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

    Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

    Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

    Lelaki tidak kompleks

    Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.

    Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

    Jangan paksa lelaki

    Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

    Pentingkan kejujuran

    Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.

    Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

                                 Hidup Lelaki lebih Mudah                                          

    Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.

    Kredit Kat : cintadearhaniey

    TIPS :- 9 LOKASI CARI JODOH BAGI YANG SINGLE AJE

    Views

     
    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Selalu tak korang mengeluh camni :=>

    YANG PEREMPUAN : "hai,apalah nasib aku ni.nak kata tak cantik,rasanya ramai lagi yg kurang cantik daripada aku,Tapi mereka tu ada juga teman lelaki..aku ni,sorang pun tak nak!!,"

    YANG LELAKI : "hai,apalah nasib aku ni.nak kata tak hensem,rasanya ramai lagi yg kurang hensem daripada aku,Tapi mereka tu ada juga awek..aku ni,sorang pun tak nak!!,"
    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    ha.. ni ade 8 lokasi mencari pasangan... mlaki pompuan dua2 boleh

    1.Perpustakaan-
    Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu untuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air" 

    Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach"
    gadis yg kamu suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka.

    Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar!

    2.Pusat Boling - 
    salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling??

    3.Pusat beli-belah -
    Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah. tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana.. ^_^

    4.tempat seminar/camping -
    kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang.

    5.Internet -
    Korang ade tak FACEBOOK, TWITTER, FRIENDSTER, YAHOO MASSENGER, GMAIL, OOVOO, SKYPE DLL???
    wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini. ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini. cubalah kamu melayari internet untuk berchatting, manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui "chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.kata orang 'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!! bnyk juga yg penipu.


    6.kenduri kahwin -
    pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??wow!!
     

    7.Pejabat/sekolah/Universiti -
    sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi pejabat/sekolah/universiti kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti.

    8.kafe -
    daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu??
    Cam ne??? Ok x tips ni??? kalau korang dah pernah try SEMUA tips ni, tapi tak menjadi, kena banyak2 berdoa la taw..INgat! kalau Allah dah tetapkan jodoh kita, tidak akan kemana. Cuma yang beza, cepat atau lambat :>> 
     
    Berdoa! Yakin ! dan bertawakkal! itu kunci utama penemuan jodoh anda.

    Tips ni Kredit kat : hazissac

    BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012