Click here for Myspace Layouts

AKU NI BAIK KE TAK??

Views



BAIKNYA….

Kamu memang layak merasa kebahagian itu 100%. Kamu kerap berusaha untuk menjadi yang terbaik dan yang disenangi rakan sekeliling. Pendapat kamu, kalau kamu berusahan untuk menjadi orang yang baik, pastinya kamu juga akan mendapat balasan yang baik juga. Kamu pasti akan melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan balasan. Namun jika kamu dihimpit perasaan bersalah, seboleh-bolehnya kamu akan segera meminta maaf dan menyesalinya. Cuma ada kalanya keikhlasan kamu itu sering kali disalahertikan.


Credit to :- SURAYASAGI :)





 

  1. Semasa menghadiri sebuah majlis, tiba-tiba ada sekumpulan jejaka/gadis menarik kekasihmu untuk diajak menari. Kamu..?
    (a) marah juga dan meminta si dia agar tidak melayan karenah mereka.
    (b) senyum saja sebab takut nanti dianggap terlalu cemburu pula, walaupun di saat itu hati kamu tak rela
    (c) sengaja menumpahkan air dibaju salah seorang dari kumpulan itu. Ops!
    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2

  2. Pernahkah kamu ke klinik semata-mata mahu mendapatkan cuti sakit padahal kamu sihat ketika itu?
    (a) Ya, lagi pun memang selalu kamu berbuat demikian.
    (b) Sesekali, kalau kamu malas hendak ke tempat kerja/sekolah.
    (c) Tidak pernah, melainkan kamu benar-benar tidak sihat.
    Markah…
    (a) 2     (b) 1     (c) 0

  3. Apa pendapat kamu tentang segala peraturan seperti cara berpakaian, tepati masa dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh tempat kerja/sekolah kamu?
    (a) Setiap peraturan ada alasan yang tersendiri.
    (b) Wajar saja dilanggar sesekali.
    (c) Peraturan dibuat untuk dilanggar. Untuk apa dipatuhi?
    Markah…
    (a) 0     (b) 1     (c) 2

  4. Kamu tidak suka disuruh duduk di rumah untuk menjaga anak buah kamu semasa kakak kamu keluar membeli-belah. Kamu…?
    (a) mengurung anak buah kamu di dalam bilik dan diberikan sejumlah besar permainan, Kamu? menonton televisyen saja.
    (b) mengajaknya bermain tanpa henti hingga dia tertidur kepenatan.
    (c) membawannya ke taman permainan behampiran.
    Markah…
    (a) 2     (b) 0     (c) 1

  5. Pernahkah kamu terlibat dengan cinta si dia yang sudah berpunya?
    (a) Sempat tergoda tapi tak pernah kesampaian.
    (b) Tak mungkin. Kamu tidak tergamak untuk menjadi orang ketiga.
    (c) Pernah. Walaupun tahu itu satu kesalahan, tapi apakan daya
    hati sudah mencintainya.
    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2

  6. Pernahkah kamu dikritik kerana telah buat salah? Apa reaksi kamu?
    (a) Terserah apa jua tanggapan orang. Kamu tak peduli dengan semua itu.
    (b) Minta maaf seadanya. Tetapi tetap beranggapan yang mereka ini sudah keterlaluan.
    (c) Minta maaf dan kamu memang rasa bersalah.
    Markah…
    (a) 2     (b) 1     (c) 0

  7. Bos kamu meminta semua kakitangan bekerja lebih masa sedangkan kamu sudah mempunyai perancangan untuk pergi bercuti. Akhirnya…
    (a) Berpesta-pesta sakan masa bos kamu suruh bekerja. Tanda protes!
    (b) Terpaksa melupakan rancangan untuk bercuti. Kerja..kerja..kerja…
    (c) Langsung tak pergi bekerja. Bosan!
    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2

  8. Pengertian ‘Nakal’ bagi kamu…
    (a) makan aiskrim di muzium kesenian.
    (b) buat bising di restoran eksklusif.
    (c) pergi ke mana-mana tanpa memberitahu ahli keluarga mu.
    Markah…
    (a) 0     (b) 2     (c) 1

  9. Kamu menumpahkan separuh dari isi minyak wangi milik kawan baik kamu. Lalu…
    (a) diganti dengan air. Lepas tu buat tak tahu saja.
    (b) Katakan maaf. Itu saja yang mampu kamu lakukan.
    (c) Kamu mengaku kesalahan mu dan berjanji akan menggantikan dengan minyak wangi baru.
    Markah…
    (a) 2     (b) 1     (c) 0

  10. Melihat aksi Jeniffer Lopez dalam filem ‘Enough’, kamu…?
    (a) terasa satu kekuatan untuk melawan sesiapa yang menindas kamu.
    (b) terbawa-bawa aksi yang bahaya. Kena belajar seni mempertahan diri ni.
    (c) semakin nakal kerana tidak mahu ditindas oleh sesiapa.
    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2




**********************************************************************************
KEPUTUSANNYA :)


Comments
2 Comments

2 KOMEN TERHEBAT:

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012