Click here for Myspace Layouts

KAITAN LELAKI DAN WARNA

Views
Semulajadinya lelaki melindungi. Semulajadinya lelaki boleh diharap. Semulajadinya lelaki makhluk yang membahagiakan. Jika ada yang terkalih kadang-kadang bukan dengan sengaja dia ingin berbuat begitu.
Kadang-kadang dia dirangsang untuk berbuat tidak senonoh kepada wanita oleh kerana sikap-sikap wanita itu sendiri, yang kadang-kadang tidak mahu memahami perasaannya. Kadang-kadang dia tewas oleh godaan demi godaan yang tidak pernah padam daripada wanita di luar sana.


Oleh itu, bukanlah salah dia 100% seandainya dia tersilap langkah. Sikap anda sendiri mungkin menyumbang, dan sikap wanita-wanita ‘gatal’ di luar sana juga turut menyumbang. Jangan salahkan lelaki sahaja, tetapi salahkan juga wanita-wanita yang buta hati hingga sanggup merampas dia daripada anda.
Jom kenali rahsia lelaki melalui warna kegemaran mereka. Harus diingat, ini sekadar panduan, jangan percaya sangat. Kalau betul tu kebetulan, kalau salah tu memang wajar sebab kita manusia, hanya mampu meramal tetapi Allah yang sebenar-benarnya maha mengetahui.

Lelaki dan Warna


  1. Ungu

    Dia seorang yang kuat memburu kejayaan. Pemikirannya lebih banyak positif daripada negatif. Oleh itu jangan terlalu curiga kalau dia berjauhan dengan anda. Mindanya lebih banyak untuk kecemerlangan daripada kegatalan.

  2. Biru Tua

    Dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Rangsanglah dia untuk cemerlang dalam kerjayanya. Terlampau mencurigainya akan membuatkan dia bosan dan marah.

  3. Merah

    Dia seorang yang berani, bersemangat dan tidak ada istilah gagal dalam hidupnya. Usah dicabar emosinya, nanti dia berani berbuat sesuatu yang tidak terduga oleh anda.

  4. Hijau

    Dia seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah. Namun dia seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. Dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap digoda. Usah cepat mencurigainya. Kadang-kadang dia hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada anda.

  5. Kuning

    Dia seorang yang ceria. Dia sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. Jangan buatkan dia marah sebab jika dia marah rasa cintanya turut pergi. Anda perlu tahan hati dan perasaan ketika berurusan dengannya kerana sikap cerianya itu mengundang cinta di hati orang lain.

  6. Hitam

    Dia seorang yang amat protokol, tetapi emosional dan mudah menangis. Dia tidak suka dicurigai kerana biasanya dia seorang yang jujur.

  7. Coklat

    Dia seorang yang matang dan bertanggungjawab.

  8. Putih

    Dia seorang yang amanah. Tak usah menyakitkan hatinya selalu kerana semulajadinya dia seorang yang boleh diharap dan penyayang.
Kepada jejaka-jejaka yang tengah baca entri ni, apa warna kesukaan korang? Kena tak dengan personaliti korang sekarang? Yang awek-awek, bakal-bakal isteri atau si isteri-isteri tu pulak, elok ambil tahu apa warna kesukaan si dia. Manalah tahu ramalan ni serba sedikit ada kena mengena dengan peribadi si dia, bolehlah ambil tindakan yang sewajarnya. Peace!! -)


Artikel ni Credit to : SURAYASAGI


0 KOMEN TERHEBAT:

Post a Comment

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012