Click here for Myspace Layouts

SALAH TANGGAPAN MENGENAI CINTA

Views


 
ERTI CINTA
Ramai orang salah anggap tentang seks dan cinta serta sering mencampur-adukkan cinta sejati dengan nafsu berahi. Jawab kuiz ini dan lihat samada anda juga keliru.

___________________________________________________________



1. Cinta pada pandangan  pertama dialami ramai orang.
[Betul / Salah]

2. Membezakan cinta sejati dan nafsu berahi adalah mudah.
[Betul / Salah]



3. Pasangan yang saling mencintai dengan tulus tidak akan bertengkar.
[Betul / Salah]



4. Tuhan secara khusus memilihkan pasangan bagi setiap orang dan Dia akan membimbing dan mempertemukan keduanya.
[Betul / Salah]



5. Jika sepasang kekasih saling menyintai, maka kesukaran dan masalah sama sekali tidak akan mempengaruhi hubungan  mereka.
[Betul / Salah]



6. Lebih baik berkahwin dengan orang yang tidak tepat daripada membujang seumur hidup.
[Betul / Salah]



7. Melakukan hubungan seksual sebelum nikah tidak akan menjadi masalah selagi pasangan tersebut masih berinteraksi.
[Betul / Salah]



8. Jika pasangan kekasih saling menyintai, maka keadaan seperti itu akan kekal seumur hidup.
[Betul / Salah]



9. Masa bercinta yang singkat (enam bulan atau kurang) adalah yang paling baik.
[Betul / Salah]



10. Remaja mampu mencintai dengan tulus daripada orang dewasa.
[Betul / Salah]

_________________________________________________________________



 JAWAPAN DOKTOR CINTA :
Sepuluh pernyataan dalam kuiz tersebut adalah salah, kerana semuanya mencerminkan 10 konsep cinta romantis
yang telah disalahertikan oleh masyarakat.

___________________________________________________________



1. Cinta pandang pertama sesuatu yang tak mungkin. 

Cinta buka hanya ghairah romantis dan daya tarikan seksual. Perasaan yg muncul pada pandangan pertama bersifat sementara kerana ia melibatkan oarang yg menglaminya dan bukan orang yg dicintai. Orang semacam itu tidak jatuh cinta kepada orang lain, tetapi jatuh cinta kepada diri sendiri.


2. Tidak mudah membezakan cinta sejati dan nafsu berahi. 

Ghairah romantis dapat berubah-ubah, naik turun bergantung kepada keadaan. Sedangkan cinta sejati tidak ditentukan oleh naik turunnya perasaan itu. Ia bergantung kepada komitmen dan kemahuan memelihara api cinta tetapi menyala dalam apa juga keadaan.



3.Setiap pasangan tak lepas pertengkaran dan perbezaan pendapat. 

Ada perbezaan antara pertengkaran sihat dan yg tidak sihat. Dlm konflik sihat, suami isteri akan memfokus pada masalah yg menjadi penyebab dan bukannya peribadi pasangan dan menyelesaikan masalah denga kompromi dan rundingan.



4. Memang jodoh ketentuan tuhan

tetapi manusia dikurniakan akal, kemampuan menimbang dan kebebasan menentukan keputusan kepada setiap manusia, juga harus digunakan ketika memilih teman hidup.



5. Kekeliruan tentang cinta sejati, ia dapat berdiri kukuh mengatasi segala masalah. 

Sesungguhnya cinta sangat rapuh terhadap penderitaan dan trauma, malah seringkali goyah ketika diserang badai kehidupan.



6. Perkahwinan tidak bahagia merupakan pengalaman paling mengerikan di muka bumi ini. 

Hidup membujang sepanjang hayat tidak terlalu menyakitkan berbanding bergaduh dengan pasangan dalam perkahwinan yg tak bahagia. Kadangkala kehidupan berseorangan lebih bererti dan menyenangkan.



7. Tabiat seksual jika disalur secara jujur dlm pernikahan 

akan menghasilkan kestabilan dan tanggungjawab. Sedangkan kegiatan seks di luar perkahwinan membawa akibat buruk yg dapat menghancurkan hidup individu. Seks bebas menimbulkan terjadinya pengguguran anak, lahirnya anak luar nikah, penyakit kelamin dan AIDS.



8. Cinta, bahkan cinta sejati adalah sesuatu yg rapuh. 

Cinta harus dipelihara jika ingin kekal. Cinta dan pernikahan akan mati jika dibiar tidak dipelihara.



9. Masa bercinta yg singkat

menyebabkan pasangan mengambil keputusan pernikahan secara tergesa-gesa dan menurut kata hati. Ia kadangkala menjadi satu tindakan yg penuh risiko.



10. Cinta murni merupakan komitmen yg tidak mementingkan diri sendiri. 

Wujud keadaan memberi dan menerima. Komitmen memerlukan kematangan (biasanya tidak dimiliki remaja). Cinta remaja memang mengghairahkan, namun jarang berakhir dengan perkahwinan.

0 KOMEN TERHEBAT:

Post a Comment

BLOG INI HAKMILIK SEPENUHNYA AKU DOKTOR CINTA SEJAK 2012